Kepimpinan Adenan Satem Dan Pilihanraya Sarawak

KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI PEMUDA BARISAN NASIONAL SARAWAK:

Setiap dan semua rakyat Sarawak cukup pintar untuk menyedari yang pilihanraya negeri ini tiada kaitan dengan kepimpinan Datuk Seri Najib.

Ini adalah kepimpinan Tan Sri Adenan Satem yang kita perkatakan dan beliau telah membawa dan melakukan perubahan yang cukup mengagumkan di dalam tempoh 2 tahun beliau mentadbir.

Antara pencapaiannya, Adenan tidak mengurangkan harga tol, sebaliknya beliau menghapuskan terus tol. Beliau juga memperjuangkan lebuhraya Pan-Borneo yang 3 kali lebih panjang dari Lebuhraya Utara Selatan yang terdapat di semenanjung. Pembinaan telah bermula dan apabila siap kelak, ianya bebas tol sepenuhnya.

Beliau melindungi hak kesemua kaum. Beliau berjuang menentang taikun balak dan telah melindungi tanah NCR milik rakyat negeri Sarawak.

Beliau bertegas dengan kerajaan persekutuan dan telah memperolehi autonomi dalam pelbagai aspek berbanding Ketua Menteri sebelum beliau.

Pilihanraya ini tidak berkisar tentang Najib. Ianya mengenai Adenan. Jangan terkeliru dengan DAP, yang tujuannya hanyalah memenangi kerusi.

Walaupun memenangi banyak kerusi pada pilihanraya negeri yang lepas, apa yang mereka sudah buat? Mereka berlawan sesama sendiri di dalam DAP – yang berpecah menjadi pembelotan dan berpuak-puak.

Mereka juga berlawan dengan rakan-rakan PKR dan PAS. DAP akan selama-lamanya bergaduh sesama sendiri dan sekutu mereka.

Dan selain dari satu atau dua bersuara di dalam DUN, ADUN DAP yang lain tidak berbuat apa-apa – berdiam diri di dalam DUN dan tidak berkhidmat untuk rakyat yang mengundi mereka.

Kita di Sarawak cukup bijak untuk menyedari yang isu 1MDB sebenarnya adalah isu perebutan kuasa dalaman UMNO yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan baik dan apabila tiba pilihanraya negeri nanti, 1MDB akan menghapuskan sepenuhnya hutang mereka.

Adakah anda fikir sekiranya Mahahtir memenangi perebutan kuasa ini, ianya akan baik untuk Sarawak?

Ketua Menteri kita Tan Sri Adenan sudah pun berkata yang Mahathir tidak begitu mempedulikan Sarawak selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri – yang langsung tidak boleh dibanding dengan apa yang telah Najib usahakan untuk Sarawak walaupun tidak begitu lama menjadi Perdana Menteri.

Keputusan pilihanraya Sarawak yang teruk bukan sahaja buruk untuk Najib tetapi juga untuk Sarawak.

Dengan jurang masa antara Pilihanraya Sarawak dan Pilihanraya Umum yang dekat, bukan sahaja UMNO akan memaksa Najib meletak jawatan, tetapi juga akan berusaha lebih untuk bekerjasama dengan PAS – terutamanya selepas DAP dilihat berjaya menjadikan sekutu rapat mereka 2 tahun lepas menjadi musuh ketat.

Kita terkejut apabila mengetahui Chong Chieng Jen dari DAP berkata ianya tidak bagus untuk rakyat Sarawak tidak mengundi orang Sarawak atau parti yang berpangkalan di Sarawak.

Hanya yang terdesak sahaja akan berkata menjaga kepentingan dan hak Sarawak adalah perkara yang tidak sihat.

Dan kita sekali lagi terkejut apabila yang DAP melakukan serangan peribadi terhadap Adenan dengan mengatakan, “Adenan mungkin dilihat sebagai pemimpin yang bagus tetapi kesemua pemimpin kejam dan pemimpin yang korup akan bermula sebagai pemimpin yang bagus. Kuasa mutlak akan merosakkan mereka.”

Disebabkan usianya, Adenan telah berkata yang beliau akan bersara selepas satu penggal penuh sebagai Ketua Menteri.

Kesemua rakyat Sarawak dengar mengenainya pada Oktober tahun lepas dan kita semua sedih. Kita dengar mengenainya, sudah pasti Chong pun dengar bukan?

Jika Adenan boleh mencapai dalam satu penggal, sehebat yang beliau mampu seperti 2 tahun ini, kita akan selama-lamanya menghargai masa dan sumbangannya untuk Sarawak dan mengiktiraf beliau sebagai salah seorang pemimpin terhebat Sarawak.

Dan jika Adenan mungkir janji untuk tidak bersara selepas satu penggal penuh, kita boleh sahaja menghukum beliau pada pilihanraya seterusnya.

Setakat ini, Adenan tidak pernah berbohong kepada kita, dan mengapa beliau ingin berbohong kepada kita kali ini? Kita sedar berkenaan usia beliau dan jika Adenan masih mampu berkhidmat, maka kita perlu memberikan peluang ini.

Jelas, kenyataan mengejutkan dari Chong dan DAP membayangkan yang Adenan telah melakukan tugas dengan baik dan masyarakat menyedarinya.

Kemenangan besar Adenan dan BN di Sarawak akan mengukuhkan lagi kedudukan Adenan dan membantu kita untuk menuntut lebih banyak autonomi dan lebih dana untuk pembangunan di Sarawak.

Beliau tidak pernah malu untuk menggunakan ini dan kita patut membantu beliau, bukan melemahkan beliau.

Kita rasa terhina dengan DAP untuk mengatakan bahawa rakyat Sarawak tidak mampu membezakan pilihanraya umum dan pilihanraya negeri.

Jika di dalam tempoh 2 tahun isu 1MDB masih tidak diselesaikan dan anda tidak gembira dengan Najib, anda boleh meluahkannya di Pilihanraya Umum nanti – tetapi yang akan datang adalah Pilihanraya Negeri, bukan Pilihanraya Umum.

Dan ini adalah Adenan Satem, bukan Najib Razak.

Kenapa kita perlu hukum Adenan berbanding memberikan beliau ganjaran atas kerja keras yang beliau telah lakukan sepanjang 2 tahun ini?

Kita juga sedih mengapa DAP sanggup menghina Adenan dan berkata beliau akan menjadi diktator – terutama kerana Adenan telah berkata beliau akan bersara selepas satu penggal penuh.

Kita lebih percayakan Adenan sekarang berbanding Chong atau DAP. Setakat ini, tiada sebab untuk kita tidak mempercayai Adenan.

Mari kita berikan Adenan dan BN Sarawak sokongan yang mereka perlukan. Berikan beliau kemenangan yang hebat yang akan mengukuhkan kedudukan beliau dalam berurusan dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita boleh berikan yang terbaik kepada semua rakyat Sarawak.

Biar Adenan tinggalkan legasi untuk 5 tahun akan datang. Pemuda BN Sarawak 100% di belakang Adenan.

Oleh YB Dato Sri Hj Fadillah Yusof,
Pengerusi Pemuda BN Sarawak,
Menteri Kerja Raya.

http://klxpress.com.my/english/8024-this-coming-state-election-is-about-adenan-s-leadership-fadillah-yusof.html#.VkKZR-V5SE0.facebook