Kerajaan Selangor Tetap Dengan Keputusan Menaikkan Kadar Tarif air Walau Selepas Kerajaan Negeri Ambil Alih

Menteri Umno berkata kenaikan tarif air tidak bebankan pengguna.

Eh, silap, Menteri Besar Selangor Azmin Ali PKR yang kata rupanya.

Alasan yang diberikan oleh beliau adalah Selangor terpaksa membayar untuk membeli balik syarikat air – yang aneh, kerana Kerajaan Persekutuan yang meminjamkan Selangor wang untuk membeli aset air ini.

Dan perkara yang lebih pelik adalah di Pulau Pinang pada tahun 2011. Pulau Pinang sebenarnya JUAL aset air negeri kepada Kerajaan Persekutuan – tetapi sejak itu, Pulau Pinang meningkatkan tarif air 3 kali.

Para pemimpin Pakatan Apa Saja memang pelik.

Apabila Kerajaan Persekutuan kata tidak membebankan, dihentam. Tetapi jika Pakatan yang kata tidak membebankan, boleh pula.

Negeri-negeri mereka yang MEMBELI aset air perlu meningkatkan tarif air. Negeri-negeri mereka yang MENJUAL aset air juga perlu meningkatkan tarif air.

Saya keliru sekali lagi.

Sebelum ini, bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim berkata, kadar air tidak akan naik jika Selangor tidak terlebih bayar: http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/18/water-tariff-shouldnt-increase-says-khalid-ibrahim/
——
Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan menaikkan kadar tarif air selepas proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan negeri selesai.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu wajar bagi memastikan pengurusan air lebih efektif termasuk mengatasi masalah gangguan air yang dihadapi pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan tarif air itu tidak akan membebankan pengguna dan rakyat di Selangor. http://www.bharian.com.my/node/96091