Ketidakstabilan Politik Boleh Wujud Akibat Dari Bekas Pemimpin Yang Cuba Menjatuhkan Penggantinya

Seperti yang dijangka, selepas Tun Mahathir disoal oleh Polis hari ini (di mana beliau enggan menjawab semua soalan polis), dia menulis entri blog lagi hari ini untuk menghentam PM Najib dan Kerajaan.

Ini adalah respon saya terhadap tulisan blog Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Fakta beliau adalah:
—-
Dari blog beliau (http://chedet.cc/?p=1908):
8) Semua orang merungut berkenaan kenaikan kos sara hidup – tol, beras, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji pekerja, pengganguran graduan. Semuanya tinggi dan ini mengurangkan kuasa beli pengguna.

9) Terdapat kehilangan keyakinan terhadap kerajaan berkaitan skandal 1MDB, tidak mampu memenuhi komitmen hutang, wang lesap, tunai di dalam akaun peribadi PM dan kehilangannya selepas itu, USD100 juta yang tidak dijelaskan, Bajet 2016 yang penuh gula-gula, sumber negara yang makin mengecil, penggunaan dana KWSP dan KWAP yang meragukan, FDI yang berkurangan, dan lain-lain.

10) Jadi tidak mungkin semuanya baik. Siapa yang bertanggungjawab? Mesti ada, tidak mungkin tiada! Mestilah orang yang menguruskan ekonomi, menguruskan negara, orang yang berkuasa dan berpengaruh yang kata-kata dan tindakannya boleh mempengaruhi ekonomi.

11) Di banyak negara, pemimpin akan letak jawatan jika mereka gagal: apabila polisi mereka gagal, bila penyelesaian mereka gagal. Mereka juga letak jawatan jika ada malapetaka melanda, contohnya Australia dan Romania. Dan sudah tentu mereka letak jawatan apabila kalah pilihanraya.

LSS – Di kebanyakan negara lain, pemimpin yang sudah bersara akan kekal bersara dan tidak cuba menjatuhkan penggantinya jika penggantinya enggan dengar cakap beliau lalu mencipta ketidakstabilan politik.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/everything-is-under-control-and-was.html