Kita Perlu Pandang Ke Depan, Melebihi Najib Dan Hegemoni UMNO/BN?

Di dalam satu temuramah dengan Tawfik Ismail, ada satu perkara yang saya rasa cukup menarik.

Tawfik sedang menjawab mengenai bekas TPM serta Timbalan Presiden UMNO sekarang, Muhyiddin Yassin dan apa yang beliau mahukan dari G25.

Ini merupakan jawapan Tawfik:

“Muhyiddin telah berjumpa 8 daripada kami selepas pertemuan kedua dengan Tun Dr Mahathir di kediamannya sekitar Oktober 2015.”

“Beliau meminta kami sama ada kami boleh membentuk sesuatu yang dipanggil sebagai gerakan kuasa ketiga untuk politik negara ini, dengan seorang personaliti dari Malaysia Timur. Beliau berkata beliau mahu melihat bagaimana beliau boleh memainkan peranan di dalam struktur itu.”

Ini agak mengejutkan memandangkan Muhyiddin kerap kali mengisytiharkan kesetiaannya kepada UMNO tetapi sekarang beliau berbicara mengenai satu kumpulan politik baru untuk menggantikan atau bersaing dengan UMNO – bersama seorang personaliti dari Malaysia Timur yang saya syak adalah seorang pemimpin kanan UMNO yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya. Dan beliau berasal dari Sabah.

Penyokong kuat Mahathir, A Kadir Jasin juga telah menulis di dalam blognya baru-baru ini:

“Kita perlu memandang ke depan, melebihi Najib dan hegemoni UMNO/Barisan Nasional,” tulis Kadir di dalam blognya. Beliau berkata rakyat Malaysia perlu melihat kepada suatu era baru dimana tiada lagi kebergantungan terhadap UMNO dan Barisan Nasional kerana kepimpinan mereka tidak lagi bersifat menyeluruh dan prihatin.

Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Matthias Chang juga menulis perkara yang sama pada masa lalu.

Ini adalah 3 orang individu yang diketahui merupakan penyokong kuat Tun Mahathir dan kesemua mereka kini meminta sesuatu yang akan menggantikan UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkinkah sebab Tun Mahathir dan konco-konconya telah menyedari yang mereka kini tidak lagi boleh menyingkirkan Najib menggunakan UMNO dan BN lalu lebih rela menjahanamkan UMNO dan BN untuk memenuhi impian mereka dengan bantuan seseorang dari Malaysia Timur dan Muhyiddin?

Apa telah terjadi dengan azam Muhyiddin dan Mahathir yang apa mereka lakukan ini adalah kerana mereka sayangkan UMNO?

Adakah matlamat peribadi mereka terlalu besar sehingga mereka sanggup memusnahkan parti sendiri untuk melihat rancangan mereka berjaya?

http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/behind-curtains-more-details-about.html

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/get-ready-for-delay-in-ge14-if-najib-fears-losing-power-says-ex-editor

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1736704036548383