Kondo Mewah Kajang, Pembangunan 4 TIngkat, Lulus 36 Tingkat?

Bantahan dan Batalkan Projek Pembangunan Mewah – Bantahan dan Batalkan Projek Pembangunan Mewah ‘The Louvre’.
—-
Majlis Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAKPEN) bersama sama menyokong penuh DEMONSTRASI 3.0 BATAL PROJEK THE LOUVRE oleh Jawatankuasa Bertindak Membantah dan Membatalkan projek Kondominium Mewah setinggi 36 tingkat berjumlah 498 unit di persimpangan jalan masuk utama di Sekolah Agama Hamidiah Sungai Ramal Luar Kajang Selangor.Projek mewah yang mendapat kelulusan segera dan ‘special’ ini menjadi tandatanya kerana berjaya melanggari proses dan aturcara spesifikasi kelulusan yang bertulis dan berwarta oleh pihak berkuasa MPKj.

Di antara perkara utama yang berjaya dilanggari dalam proses kelulusan ini ialah ‘Zoning’ Rancangan Tempatan yang telah menetapkan pembangunan hanya untuk bangunan 4 tingkat tetapi projek ini telah pun mendapat kelulusan pembangunan setinggi 36 tingkat dengan unit yang berjumlah 498 unit.

Bagaimana ia boleh diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ) ??

Perkara utama yang juga dilanggari dalam proses kelulusan projek ini ialah laluan keluar masuk yang sangat bahaya kerana persimpangan yang diluluskan terus berhadapan dengan Lebuhraya Silk dengan laluan kenderaan yang akan menampung penghuni projek ini yang berjumlah hampir 1000 kenderaan.

Sedangkan jalan ini adalah merupakan jalan utama masuk ke Sekolah Agama Hamidiah Kajang.

Kesan himpitan pembangunan ini juga akan memberi kesan yang besar kepada kelestarian pendidikan negara dan khusus nya kepada sekolah Agama ini yang selama ini ( 40 tahun ) telah menghasilkan kemenjadian para pelajar yang cemerlang dan terbilang.Kesan ini merupakan kesan jangka panjang yang akan dirasai oleh warga pendidikan akan datang.Oleh sebab itu projek ini misti dibantah dan dibatalkan.

Pihak yang bertanggunjawab MPKJ yang meluluskan projek ini mistilah juga mengambilkira kesan kepada persekitaran yang lebih lestari pendidikan berbanding dengan melihat kepada keuntungan pemaju semata-mata dengan mengadaikan sektor pendidikan yang menghasilkan modal insan yang cemerlang kepada agama bangsa dan negara.

MAKPEN mengesa agar projek ini misti di batalkan segera oleh pihak berkuasa negeri dan yakin YAB Menteri Besar Selangor BERSEDIA untuk meneliti semula tatacara kelulusan projek ini dengan cara penuh berhikmah serta profesional serta mengambikira masa depan pendidikan anak bangsa pada masa akan datang.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif,
Majlis Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN),
13 Nov 2015.
https://www.facebook.com/maahadhamidiahkajang/posts/1640511956237250