Kondo Mewah Kajang, Tiada Alasan Pemaju Tidak Tahu Syarat Kelulusan

Jawatankuasa Bertindak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Maahad Hamidiah menjawab kenyataan audio Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkaitan Projek Kondominium The Lourve :
—–
Susulan Audio Dato MB Selangor berkenaan bantahan Projek Louvre.

Alhamdulillah Dato Menteri Besar Selangor, En. Azmin Ali telah pun bersuara berkenaan isu bantahan projek The Louvre di hadapan Maahad Hamidiah Kajang.

Apabila MB kita bersuara, maka terdedahlah fakta-fakta yang diberikan oleh pentadbir kepada beliau.

Pihak MB ada menggambarkan, sekiranya ada bukti bukti baru maka beliau akan meneliti semula kes ini.

Kupasan ini bakal membuka mata dan menunjukkan bahawa bukti-bukti kami adalah berlawanan dengan hujah Dato Menteri Besar Selangor.

Semoga pendedahan ini juga akan membuatkan Dato Menteri Besar Selangor sudi berjumpa dengan Task Force PIBG dalam menangani isu bantahan ini.

Dato MB ada mengatakan tanah ini adalah zon komersil. Kami akur dan maklumkan bahawa bukan semua kawasan boleh dibina bangunan Servis Apartment (Rujuk Akta).

Dato MB bercerita berkenaan RT MPKJ 2020, tetapi Dato langsung tidak sentuh berkenaan RT MPKJ 2020 menunjukkan secara jelas gambaran bahawa bentuk pembangunan adalah berskala rendah dan bukannya bangunan 36 Tingkat. Akta 172 jelas menerangkan maksud gambaran yang diberikan.

Dato MB ada mengatakan bahawa “di sinilah timbul kekeliruan”. Dato MB mengatakan bahawa Pemaju tidak bersetuju dengan syarat kelulusan rekabentuk jalan keluar masuk yang di luluskan oleh Menteri Kerja Raya pada 17.11.2014 dan mengemukakan rayuan.

Kami memohon maaf kerana terpaksa menyanggah hujah Dato MB.

Untuk makluman Dato MB, Lukisan Syarat Kelulusan Menteri Kerja Raya itu adalah milik pemaju itu sendiri.

Dato MB juga ada mengatakan bahawa pada Jan 2015 (kami ambil tarikh ini kerana kami tiada maklumat ini dan kerana ianya keluar dari mulut Dato MB sendiri), telah lulus Pindaan untuk ambil kira kelulusan rekabentuk jalan keluar masuk ikut lukisan syarat kelulusan Menteri Kerjaraya bertarikh 17.11.2014.

Menurut Dato MB, Pemaju tidak bersetuju dengan rekabentuk LLM. Lalu pemaju kemuka rayuan untuk pindaan tetapi terpaksa akur kerana telah ditolak oleh LLM.

Kami mempunyai bukti melalui Surat MPKj ( ) dlm MPKj OSC/BPB/1/4/2014 bertarikh 1 Jun 2015 bahawa kelulusan Infra adalah berdasarkan surat kelulusan LLM Bertarikh 17/11/2014.

Sekali lagi kami nyatakan bahawa lukisan syarat kelulusan Menteri Kerja Raya pada 17/11/2014 adalah Lukisan oleh Pemaju itu sendiri. Tiada alasan yang boleh diterima untuk pemaju tidak tahu syarat kelulusan tersebut dan mencadangkan sesuatu yang berbeza. Adakah Dato MB sudah dapat menghidu sesuatu!!!

Kami juga mempunyai sumber bukti yang lain berkenaan perkara di atas.

Pepatah ada mengatakan, sekali kita menipu, akan diperlukan lebih banyak penipuan untuk menutup penipuan dahulu.

Kami merayu kepada Dato MB Selangor supaya membuka ruang untuk kami bersemuka dengan Dato MB seperti yang di cadangkan oleh YB Shahrum dan juga surat permintaan kami sebelum ini.

Oleh Task Force PIBG.
https://www.facebook.com/maahadhamidiahkajang/posts/1640164819605297