Lawan DAP Bermakna Anda Sekutu Kerajaan, Walaupun Anda Parti Pembangkang

5 ADUN PKR yang enggan menyokong Tokong minggu lepas juga diserang oleh RBA DAP.

Sekarang baru anda tahu. Apabila anda tidak mengikut telunjuk Tokong, walau pemimpin PKR juga akan diserang oleh RBA . Anda boleh tanyakan PAS juga.

Sudah berapa kali anda dipanggil ‘chow kow’?
——-
Adun PKR Cheah Kah Peng telah melahirkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterima oleh beliau dan empat wakil rakyat Pulau Pinang lain yang berkecuali daripada mengundi usul yang dicadangkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal bulan ini.

Cheah berkata beliau bertindak demi kepentingan rakyat dan mempertahankan hak-hak rakyat, menyesali kritikan yang diterima selepas kejadian itu.

“Oleh kerana kita mempertahankan hak-hak rakyat, kita telah diketepikan. Kami telah dihina dan segala macam perkataan buruk dilemparkan terhadap kami.”

http://www.therakyatpost.com/news/2015/11/28/penang-assemblyman-regrets-treatment-after-abstention-from-voting/