Logik Pakatan Pembangkang : Bajet 2016

Dengan setiap hari yang berlalu, Pakatan menjadi semakin tidak logik. Adakah hanya apocalypse destinasi terakhir?

LOGIK 4: BAJET 2016

Setelah segala drama untuk mengundi menolak Bajet 2016, Pakatan teramat gagal dalam melaksanakannya. Kita mendapat tahu seorang ahli parlimen DAP telah ponteng sesi pengundian bajet kerana beliau menonton insiden serangan di Perancis. Di mana tanggungjawab anda sebenarnya, Tan Seng Giaw? Beliau nampaknya lebih berminat untuk mengambil tahu apa yang terjadi di luar berbanding di dalam negara. Walaupun undi dari beliau tidak mendatangkan apa-apa perubahan, kepentingan pengundian ini perlu diambil kira.

Sebelum ini, Lim Guan Eng tidak hadir ketika sesi debat dan pengundian POTA tetapi beliau merengek tentang POTA. Adakah DAP hanya tong kosong? BN memperolehi 128 undian dalam pengundian bajet, kurang 5 dari jumlah keseluruhan ahli parlimen BN. Jadi di mana kebenaran mengenai dakwaan yang ahli parlimen BN menentang PM dan akan mengundi menyebelahi Pakatan? Adakah ramalan Pakatan ini sekadar angan-angan?

Jelas arah mana undi tidak percaya ke atas Najib ini akan pergi. Walaupun sedar tidak akan mendapat undi yang mencukupi, Lim Kit Siang berkelakuan seperti kanak-kanak degil dan membuatkan diri beliau digantung parlimen. Walaupun kehadiran beliau sendiri tidak menambah apa-apa kelebihan.

Oleh Karamjit Gill,
http://www.malaysia-today.net/the-pakatan-logic-ii/