Logik Pakatan Pembangkang : Di Tolak Secara Politik

Dengan setiap hari yang berlalu, Pakatan Rakyat menjadi semakin tidak logik. Adakah hanya apocalypse destinasi terakhir?

LOGIK 3: DITOLAK SECARA POLITIK

Pada tahun 2009, orang kuat DAP Lim Kit Siang telah mengkritik Najib kerana melantik Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri melangkaui Khairy Jamaluddin walaupun Mukhriz kalah pemilihan Ketua Pemuda UMNO.

Tony Pua lebih melampau apabila berkata, “Orang yang sama di kementerian yang sama. Jika anda membawa masuk orang yang telah ditolak secara politik (political rejects), ia menjadikan kabinet ini sedikit artifak. Setelah macam-macam digembar-gemburkan, ini sedikit mengecewakan.”

6 tahun kemudian, pada tahun 2015, perkara yang sama terjadi ketika Pemilihan DAP Selangor. Beberapa individu dari jawatankuasa penggal sebelum yang kalah pemilihan kali ini dilantik semula sebagai ahli jawatankuasa. Dengan mengikut ayat Tony Pua pada tahun 2009, DAP ini sama sahaja, menyimpan orang lama dan buangan politik. DAP semakin membosankan, bukan?

Walaupun tidak mendapat undi tertinggi, Tony Pua masih memegang jawatan tertinggi. Walaupun tiada peraturan mengatakan orang yang mendapat undian tertinggi mesti menjadi ketua, bukankah itu logik akal? Bolehkah kita simpulkan yang tiada logik akal di dalam DAP ini?

Oleh Karamjit Gill,
http://www.malaysia-today.net/the-pakatan-logic-ii/