Logik Pakatan Pembangkang Terhadap Kesultanan Sulu Yang Menyerang Lahad Datu

Dengan setiap hari yang berlalu, Pakatan Rakyat menjadi semakin tidak logik. Adakah hanya apocalypse destinasi terakhir? Tiada sebarang harapankah untuk masa depan?

LOGIK 1: KESULTANAN SULU

Pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan ‘Puteri’ Jacel Kiram baru-baru ini telah menggoncang kemarahan rakyat negara ini. Nurul Izzah mengatakan pertemuan itu hanyalah ‘kebetulan’ di sebuah persidangan yang dihadiri pemimpin masyarakat di Manila. Malah jika kita terima alasan beliau sekalipun, kenapa beliau bergambar bersama dengan Jacel sambil memegang sepanduk menuntut pembebasan bapanya? Tidakkah Izzah tahu yang Jacel dan keluarganya masih lagi merancang untuk menuntut Sabah dari Malaysia? Malaysia masih lagi berdarah dari peristiwa pencerobohan ini. Anggota polis berkorban nyawa untuk negara kita. Isteri menjadi balu, anak-anak kehilangan bapa kerana ayah mereka terkorban melindungi negara ini dan PKR kini sedang berbaik dengan musuh?

Kenyataan Teresa Kok dari DAP yang ianya hanya isu kecil dan pencerobohan Sabah itu sebagai perkara lapuk telah menambah garam pada luka. 2 tahun itu masih baru lagi, jadi melupakan bukanlah perkara yang mudah. Jika Teresa berkata ianya hal lama, maka pembangkang pun sepatutnya tidak memainkan lagi isu 1MDB kerana ianya hal lama. Buat masa sekarang, PM Najib dan CEO 1MDB Arul Kanda sedang menangani isu ini. Adakah Pakatan cuba menyatakan yang wang rakyat lebih penting dari darah rakyat yang terkorban?

Berbanding dengan bertanyakan soalan, Rafizi Ramli memilih untuk berkata yang beliau tiada di situ dan “Saya bukan suami Izzah”. Adakah Rafizi turut berada di kawasan kejadian Anwar meliwat kerana beliau begitu bersungguh mempertahankan Anwar? Adakah Rafizi secara tersembunyi adalah suami Anwar?

Sangat mengejutkan orang paling lantang di Malaysia kini diam seribu bahasa. Apa yang kita perlukan di Malaysia ketika ini adalah orang yang ada integriti. Jika anda sendiri pun tidak jauh beza dengan regim yang anda tuduh begitu rosak dan korup ini, jadi mengapa perlu kita menukar kerajaan? Tukar kepada sekumpulan badut yang hanya mementingkan diri sendiri?

Oleh Karamjit Gill,
http://www.malaysia-today.net/the-pakatan-logic-ii/