Mahkamah Tolak Saman DAP Terhadap NST

Berita yang tidak akan disiar dan disebut oleh zombie dan RBA:

Mahkamah Tinggi hari ini tolak saman fitnah Lim Guan Eng dan Prof Dr P Ramasamy terhadap akhbar New Straits Times (NST) dan seorang wartawannya berhubung artikel dalam talian media itu, tahun lalu.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua plaintif yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri II membayar kos sebanyak RM100,000 kepada kedua-dua defendan berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin dalam penghakimannya, berkata laporan berita yang dimuat naik dalam laman web NST bertajuk ‘Indian-interest group claims thugs interrupted meeting’ itu disifatkan sebagai bukan fitnah atau berniat jahat.

“Selepas mempertimbangkan hujah peguam yang mewakili plaintif dan defendan, mahkamah dapati artikel berkenaan tidak memfitnah plaintif dalam keadaan kes ini,” katanya.

Dalam tuntutan saman berkenaan, Guan Eng dan Ramasamy secara bersama menuduh wartawan NST, Predeep Nambiar dan NST dengan sengaja, tidak betul dan berniat jahat menyebabkan artikel itu ditulis, dicetak dan diterbitkan.

NST dan Predeep diwakili peguam Leong Wai Hong manakala plaintif diwakili, Datuk N Mureli.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/97410