Majlis Penerangan Perdana, Rafizi Dakwa Beliau Tidak Dijemput?

Pada 7 November, Rafizi Ramli berkata, dia tidak akan menerima jemputan untuk menghadiri taklimat merangkap sesi soal jawab di Pusat Dagangan Dunia Putra. Kemudian, beliau berkata beliau tidak dijemput ke majlis itu. Kali ini dia benar-benar meletakkan sampah dalam mulut sendiri.


Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli berkata beliau tidak menerima sebarang jemputan ke sesi penerangan berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan Bajet 2016 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

“Tidak. Saya tidak menerima sebarang jemputan. Lagipun, ianya hanya forum, bukan debat,” beliau memberitahu The Sun.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, menyuarakan rasa terkejutnya di dalam blog, dengan berkata Presiden dan Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy telah menyebut yang beliau ‘tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa pun dalam hal berkaitan 1MDB, termasuklah saya dan Tony Pua’

WALAUPUN SESI PENERANGAN ITU BERSIFAT TERBUKA, AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENGHADIRI SESI PENERANGAN ANJURAN UMNO TERSEBUT:

(Malay Mail Online, 7 November 2015) – Pemimpin Pakatan Harapan yang kritikal terhadap 1MDB telah menolak jemputan terbuka UMNO untuk menghadiri satu sesi penerangan berkenaan isu 1MDB pada minggu hadapan, dengan mendakwa yang tempat yang dicadangkan tidak kondusif untuk mendapatkan jawapan berkenaan dana pelaburan negara itu.

“Tidak, ianya bukan tempat yang sesuai kerana jika melihatkan jenis sesi penerangan ini, Arul Kanda tidak semestinya perlu menjawab kesemua soalan mengenai 1MDB.

“Jika ianya debat secara langsung di televisyen, beliau tiada pilihan selain menjawab..jadi ya, saya tidak akan menghadirinya tetapi tawaran saya untuk beliau berdebat dengan saya secara langsung masih terbuka,” ujar Setiausaha Agung PKR itu kepada Malay Mail Online.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/rafizi-ramli-caught-lying-yet-again/