Malaysia Kini Perbetul Kenyataan Obama, Obama Menjangkakan Harga Ubat Turun

“Sebelum kita masuk untuk mengundi, (membaca) beribu-ribu muka surat perjanjian itu, Presiden Amerika Syarikat telah berkata harga ubat akan naik.

“Tidak perlu untuk membacanya lah. Jika harga ubat akan naik, apa lagi yang akan naik?” kata Lim Guan Eng.

Rupa-rupanya, Lim Guan Eng membuat kenyataan bodoh untuk menentang TPPA tanpa perlu membaca beribu-ribu mukasurat perjanjian KERANA Obama kononnya berkata harga ubat akan naik.

Nampaknya Tokong telah tertipu oleh tajuk artikel MalaysiaKini yang telah di’spin’kan (yang kemudiannya diperbetulkan MalaysiaKini).

Tiada siapa yang selamat daripada spin MalaysiaKini – walaupun Obama.

Obama sebenarnya berkata harga ubat akan turun – bukan naik. MalaysiaKini perbetulkan artikel mereka selepas dihentam teruk memutarbelitkan apa yang Obama sebut dan mengeluarkan permohonan maaf di bahagian bawah artikel mereka berkata:

“Nota daripada Editor: Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa Obama berkata harga ubat-ubatan berpaten akan naik. Kesilapan itu amat dikesali.”

Nampaknya, dasar parti DAP serta Lim Guan Eng dan bagaimana mereka mengundi adalah berdasarkan kepada tajuk-tajuk utama MalaysiaKini – termasuk tajuk-tajuk utama yang telah diputarbelit.

Banyak cantik!

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Obama sebagai berkata pada mesyuarat townhall Jumaat lepas bahawa harga ubat dijangka meningkat apabila TPP diratifikasi.

Transkrip petikan Obama yang dikeluarkan oleh White House bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang kenyataan seperti itu.

Obama, sebenarnya, berkata TPP adalah jelas dalam melindungi generik untuk golongan berpendapatan rendah dan menegaskan bahawa tarif mesti dihapuskan untuk penisilin dan ubat-ubatan asas yang telah berada di pasaran “untuk masa yang panjang”.

“Dan dari masa ke masa, kita benar-benar percaya bahawa kos ubat-ubatan akan turun di banyak negara yang kini mempunyai banyak halangan dari segi ubat-ubatan itu,” Obama berkata, walaupun dia tidak menyentuh mengenai ubat-ubatan lain yang menjadi isi perdebatan seperti biologics, yang digunakan untuk merawat artritis reumatoid.
—–
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-rejects-tpp-cites-obamas-reported-remarks-on-drug-price-hikes-as-reason

https://www.malaysiakini.com/news/320420

Facebook pro Mahathir, SSTDM juga tertipu dan dibodohkan apabila cuba memainkan isu ini: https://www.facebook.com/ILOVETUNM/photos/a.159716777433474.41152.152404861497999/990917364313407/?type=3&permPage=1

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1738801763005277&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3