Malaysiakini Akui Tersilap Memetik Kata-Kata Presiden Amerika Syarikat Tentang Harga Ubat

“Nota Editor: Malaysiakini sebelum ini melaporkan Obama berkata harga ubat yang dipatenkan akan naik. Kami kesal dengan kesilapan kami.”


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata harga ubat-ubatan dijangka turun dari masa ke semasa di kebanyakan negara dengan pemansuhan halangan dagangan.

Beliau berkata walaupun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melindungi hak intelektualsyarikat farmaseutikal, ia juga melindungi akses kepada ubat generik murah bagi kumpulan yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata perlindungan untuk ubat pembuat penting untuk inovasi, jika tidak, tiada siapa yang mahu melabur dan membangunkan ubat-ubatan yang lebih baik.

“Oleh itu, kami kata kita perlu melindungi beberapa. Tetapi kami sangat jelas dalam bab mengenai ini untuk mengatakan bahawa kita perlu melindungi (ubat) generik bagi orang berpendapatan rendah, untuk itu – sebenarnya, kita perlu menghapuskan tarif ke atas beberapa perkara seperti penisilin dan ubat-ubatan asas yang telah berada di pasaran dalam masa yang sangat lama.

“Dan dari masa ke masa, kami benar-benar percaya bahawa harga ubat-ubatan akan turun dalam banyak negara yang kini mempunyai banyak halangan dari segi ubat-ubatan,” katanya.

Bagaimanapun Malaysia kini tidak mengenaikan sebarang tarif berkaitan import ubat-ubatan.

Beliau berkata demikian pada sesi Townhall bersama alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) Kampus Taylor’s University Lakeside, di Subang Jaya, pada Jumaat.

Beliau berkata ketika ini, banyak syarikat-syarikat ubatan di Amerika Syarikat marah kepadanya kerana mereka kata mereka tidak lagi dilindungi.

http://www.malaysiakini.com/news/320425