Mengapa Izzah Perlu Berjumpa Dengan Mereka Yang Menyokong Pencerobohan Sabah

YB Nurul Izzah boleh berjumpa sesiapa sahaja yang dia suka di Filipina. Itu hak dia. Tetapi bagi YB Nurul Izzah untuk bertemu dan bermesra dengan individu yang secara terbuka menyokong pencerobohan bersenjata di Sabah adalah sesuatu yang tak boleh terima.

Kita semua tahu Jacel Kiram secara terang-terangan menyokong pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah. Kenapa pula YB Nurul Izzah sanggup bertemu dengan Jacel Kiram? Ini satu kesilapan besar!

Walau apa pun alasannya, YB Nurul Izzah tidak sepatutnya berjumpa dengan musuh negara yang sudah membuat deklarasi terbuka menyokong serangan bersenjata terhadap negeri Sabah.

Saya sarankan YB Nurul Izzah untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sabah khasnya tanpa cuba memberi alasan kerana tidak ada satu alasan pun yang menghalalkan perbuatan YB Nurul tersebut.

Bayangkan perasaan orang Sabah terutamanya perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas dalam insiden pencerobohan bersenjata tersebut!

YB Nurul Izzah perlu ingat bahawa penyokong-penyokong Jacel Kiram sampai sekarang masih mencari cara untuk menawan Sabah termasuk melalui pencerobohan bersenjata.

Lagi cepat YB Nurul Izzah memohon maaf, lebih baik. Kalau tidak, jangan salahkan kerajaan negeri Sabah jika pada masa hadapan kerajaan negeri tidak membenarkan YB Nurul Izzah untuk melawat negeri Sabah.

Oleh Abdul Rahman Dahlan,
Menteri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/745744642223815