Mengapa Jacel Kiram Mahu “Bebaskan Anwar”?

Apa urusan Nurul Izzah dengan orang ini yang meminta untuk bebaskan Anwar?

Adakah wanita ini dengan baju berwarna biru adalah benar-benar Puteri Jacel Kiram, anak perempuan sulung Almarhum Sultan Jamalul Kiram III Kesultanan Sulu dan Borneo Utara atau Sabah?

Dia bertindak sebagai jurucakap utama apabila Suluk yang diketuai oleh Almarhum Sultan Kiram menceroboh Sabah dan membunuh rakyat kita.

Jacel Kiram mengumumkan bahawa dia akan bertanding sebagai senator pada pilihanraya Filipina 2016 di bawah parti UNA di atas platform untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya beliau untuk pilihan raya Filipina, Jacal Kiram telah menulis ini bulan lepas:

“Dia percaya bahawa apabila Sabah dapat dituntut, rakyat Filipina akan mendapatkan semula kemuliaan bagi mereka dari negara-negara lain dengan berjuang untuk apa yang betul dan adil dari sudut sejarah, dari segi moral, dan undang-undang . Sebab mengapa China boleh membuli kita dalam isu Spratly adalah kerana kita tidak boleh berjuang untuk apa milik kita seperti Sabah. China telah mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Kita mesti menunjukkan kepada mereka kekuatan kita.

“Janganlah kita lupa juga rakan-rakan Filipina kita yang sedang dilayan rakyat kelas kedua, dianiayai, diseksa, dirogol dan diusir dari tanah kita sendiri Borneo Utara / Sabah. Ingat Lahad Datu Stand Off pada tahun 2013. Ingat rakan Filipina, Tausugs yang telah dibunuh.”

Jika gambar-gambar ini adalah tulen dan kedua wanita ini memang yang kita ketahui, ada banyak penjelasan perlu dibuat.

Dan mengapa Jacel Kiram mahu “Bebaskan Anwar”?

Anda boleh membaca tentang Jacel Kiram di sini:
http://www.interaksyon.com/article/56668/profile–jacel-kiram-shows-what-being-a-sulu-princess-means

https://www.facebook.com/799693860120037/photos/a.801091349980288.1073741829.799693860120037/913456315410457/?type=3

Puteri Jacel Kiram failkan sijil pencalonan:
https://www.youtube.com/watch?v=IsltU7wz5Pg

http://cnnphilippines.com/news/2015/07/31/Binay-running-without-a-vp.html

Akaun Facebook nya:  https://www.facebook.com/princessjacel

Gambar turut dimuatkan di laman Facebook Jacel Kiram:
1) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203848535967602&set=a.2770870404709.101165.1646483460&type=3

2) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203848535367587&set=a.2770870404709.101165.1646483460&type=3

3) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203848532247509&set=a.2770870404709.101165.1646483460&type=3

4) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203848442605268&set=a.2770870404709.101165.1646483460&type=3

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1737553706463416