Mengapa Pula 1MDB Patut Kehilangan RM2 bilion Untuk Jual Kepada TNB

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah mengancam untuk berkempen di seluruh negara jika 1MDB membenarkan unit kuasanya Edra, dikawal sepenuhnya oleh entiti asing.

“Saya akan memantau perkara ini dengan teliti dan saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan kempen di seluruh negara untuk mempertahankan sektor tenaga negara daripada dibuka kepada syarikat-syarikat asing, kerana ini akan memberi kesan yang besar kepada masa depan rakyat dan negara.”

Untuk mengingati kembali. Konsortium Qatar dan China telah menawarkan RM2 bilion lebih tinggi daripada TNB untuk membeli aset tenaga 1MDB, di mana 5 daripada 13 stesen janakuasa adalah janakuasa tempatan.

Mengapa pula 1MDB patut kehilangan RM2 bilion untuk jual kepada TNB apabila ada pihak lain sanggup membayar harga yang lebih baik dan nampak nilai pada Edra?

Jika 1MDB menjual pada harga lebih rendah kepada TNB, Pakatan Apa Saja akan mengatakan bahawa 1MDB bodoh kehilangan RM2 bilion dan menghentam 1MDB.

Jika 1MDB memperoleh RM2 bilion tambahan dengan menjual kepada pembida tertinggi, Pakatan Apa Saja akan mengatakan bahawa 1MDB terdesak untuk mendapatkan wang dan dengan itu menjual loji kuasa kepada syarikat asing.

Ini kelihatan seperti satu lagi percubaan oleh Rafizi dan Pakatan Apa Saja untuk berterusan mensabotaj pelan rasionalisasi 1MDB yang akan menghapuskan semua hutang mereka.

Nampaknya Pakatan melakukan apa sahaja untuk memastikan 1MDB terus menjadi sasaran untuk mereka dan mereka pasti tidak mahu isu 1MDB itu diselesaikan secepat mungkin – walaupun ia menjadi kebimbangan rakyat Malaysia dan pelabur asing.

Orang yang mementingkan diri melakukannya untuk kepentingan mereka sendiri dan bukan untuk rakyat dan ekonomi.

Sedangkan anda sentiasa boleh melaksanakan undang-undang yang membolehkan kerajaan memiliknegarakan atau mengawal loji-loji kuasa di Malaysia jika orang asing cuba untuk bermain kotor.

Apakah yang syarikat asing boleh lakukan? Pindahkan IPP jauh dari Malaysia jika mereka tidak berpuas hati?

Lagipun, majoriti IPP berada di luar negara jadi saya tidak melihat sebarang masalah menjualnya kepada syarikat-syarikat di luar negara.

Saya mencadangkan penyelesaian kompromi:

Pakatan Apa Saja perlu pergi berkempen “tin Milo” untuk mengumpul RM2 bilion untuk membayar kepada 1MDB supaya mereka boleh menjual Edra kepada TNB sebaliknya.

http://www.malaysiakini.com/news/318712

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1734550033430450