Mengapa seorang Cina memanggil Cina yang lain sebagai “Chow Kow”?

Chow Kow = Running Dog (dalam bahasa Kantonis).

Seseorang bertanya kepada saya apa maksud “Chow Kow”.

Label ini biasanya digunakan dalam filem-filem Hong Kong untuk menggelar “pengkhianat” – terutamanya pengkhianat kepada bangsa sendiri.

Anda akan mendapati bahawa RBA – terutama RBA berbangsa Cina banyak menggunakannya.

Ini adalah konsisten dengan propaganda era revolusi budaya gaya Komunis di mana mesej “sama ada anda bersama saya atau anda menentang saya” cuba menggunakan “pack mentality” untuk menakutkan rakyat supaya tidak dilihat sebagai berbeza dari yang lain.

Mereka menggunakan ini untuk mengelakkan Cina yang tidak bersama DAP daripada ‘like’ atau ‘share’ posting anti-Pakatan dan menghalang mereka daripada bercakap tentang sebarang kesalahan Pakatan.

Hak untuk menyokong sesiapa yang anda mahu dipanggil kebebasan berpersatuan. Ia dilindungi di bawah perlembagaan kita.

Tidak bermakna bahawa tidak menyokong DAP adalah mengkhianati Cina – KECUALI anda katakan DAP adalah sama dengan Cina.

Mengapa seorang Cina memanggil Cina yang lain sebagai “Chow Kow” atau pengkhianat hanya kerana mereka tidak menyokong Pakatan?

Adakah DAP benar-benar bermakna Cina dan yang tidak menyokong DAP adalah sama seperti mengkhianati Cina?

Dan anda berkata anda tidak rasis dan DAP menentang perkauman?

Jika seorang Cina menentang DAP, kemudian RBA mengatakan anda adalah pengkhianat kepada Cina, memalukan masyarakat cina dan ‘running dog’.

Logik ini adalah luar biasa. Dari satu segi, mereka terus mengatakan bahawa DAP bukan parti berasaskan kaum Cina tetapi mereka menyamakan mereka yang menentang DAP sebagai menentang Cina.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1736058126612974