Model Ekonomi Malaysia Menggabungkan Penyatuan Sosial Dan Polisi Pasaran Ekonomi

Sebagaimana kritikal hubungan bilateral antara Amerika Syarikat dan China, pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mencetuskan satu peringatan, wujudnya kepentingan Asia melampaui China.

Apabila Malcolm Turnbull ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Persidangan Asia Timur, beliau akan menemui anggota dinamik Asean yang berdiri teguh selepas melalui krisis kewangan yang melanda rantau ini pada 1997 dan 1998.

Sebagaimana dilihat Christine Lagarde daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ia satu pencapaian ekoran polisi kewangan yang kukuh membolehkan Asean melepasi ranjau krisis itu. Satu pencapaian yang baik bagi ekonomi berskala kecil dan sentiasa terdedah, menurut IMF.

Malaysia adalah pengerusi Asean dan ekonomi ketiga terbesar adalah sesuatu yang menarik perhatian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi fokus kritikan di dalam negara (dan sedikit di luar negara) namun, pada konteks TPPA, adalah penting bagi mengimbau rekod pertumbuhan ekonomi yang berjaya dicapai.

PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA

Sejak 2010, Malaysia mengalami pertumbuhan pada purata 5.3 peratus setahun. Manakala pertumbuhan tahun ini agak lembab daripada enam peratus tahun lalu kepada 4.7 peratus, ia masih dalam di depan pertumbuhan ekonomi jiran di utara, Thailand yang diunjurkan hanya mengalami pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus tahun ini. Apabila terdapat pertumbuhan, ia mewujudkan peluang pekerjaan.

Sejak Najib mengambil alih pemerintahan negara, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan.

Hasilnya, kadar pengangguran Malaysia menjunam 3 peratus, antara paling terendah di rantau ini dan separuh daripada kadar pengangguran Indonesia iaitu pada 6 peratus dan Filipina pada 6.8 peratus.

Perkembangan ekonomi pada kadar melebihi 6 peratus setahun sejak 1970 bukan sahaja menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bersaiz 15 kali lebih besar berbanding 45 tahun lalu, ia juga memperlihatkan transformasi ekonomi daripada penguasaan sektor pertanian yang menyumbang 31.8 peratus KDNK pada 1970, kepada sektor pengeluaran dan perkhidmatan yang mencatatkan 76.5 peratus KDNK, dan sektor pertanian pada 9.2 peratus.

Pertumbuhan juga memperlihatkan transformasi taraf kehidupan, pendapatan purata seisi rumah melonjak kepada 20 kali ganda dan Malaysia kini berdiri teguh selepas 1970.

Hasilnya, Malaysia kini berada di garis sempadan melepasi aras KDNK USD15,000 per kapita kepada sebuah negara maju, hasil daripada program ekonomi 2016-2020 direncanakan Najib.

Ia satu halatuju realistik kerana Najib, yang juga Menteri Kewangan sejak 2008, memiliki pengalaman dan membuktikan beliau memiliki kepimpinan yang diperlukan bagi mencapai status negara maju itu.

Beliau bertindak terlebih dahulu bagi memperkukuhkan kewangan negara yang penting bagi menangani pergerakan kewangan global. Berdasarkan laporan perundingan IMF melalui Artikel IV, “pengukuhan fiskal adalah tepat pada masanya, distruktur dengan baik dan berada dalam landasan yang betul.”

Tahun lalu, Najib mengambil langkah berani menggunakan ruang yang tercetus daripada kejatuhan harga minyak global bagi menghapuskan subsidi minyak petrol dan diesel yang mahal dan lemah dalam menuju kumpulan sasaran dan pada masa yang sama memperkenalkan sistem percukaian Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus, terendah di rantau ini bagi memperkukuhkan ekonomi berdasarkan cukai dan mengurangkan perggantungan terhadap keuntungan daripada harga minyak dan gas yang tidak menentu.

Defisit fiskal pula yang kini separuh sejak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri, berada pada landasan betul sebelum dihapuskan sepenuhnya pada 2020. Ini adalah pengurusan ekonomi yang sofistikated.

Kemajuan konsolidasi fiskal adalah satu langkah mengagumkan mengambil kira kepentingan mengekalkan kesepaduan sosial dalam persekitaran komuniti multi etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain yang turut menggamit jumlah besar pendatang bermusim.

Sebagaimana dinyatakan IMF, pengukuhan jaminan sosial Malaysia adalah sebahagian daripada strategi fiskal Najib. Langkah berani sentiasa mengundang kontroversi. Namun, perkara utama iaitu pengurusan ekonomi yang baik memerlukannya. Dan Najib berjaya melakukannya.

Langkah reformasi berani ini dibina daripada kemajuan lalu. Pada 2012, Najib memperkenalkan jaminan pendapatan minimum yang turut membawa keluar 2.9 juta pekerja keluar daripada kategori kemiskinan. Sejak 2009, pendapatan bagi kumpulan bawah 40 peratus (B40) telah melonjak kepada 50 peratus lebih cepat daripada purata.

Pemotongan cukai juga menjadi sebahagian daripada pemanduan Najib bagi memacu pembangunan pendapatan bagi B40 ini. Secara keseluruhan, kadar kemiskinan menjunam daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada 0.6 peratus pada tahun lalu dan ini bermakna Malaysia berjaya menghapuskan kemiskian tegar secara efektif.

Pengukuhan penglibatan wanita juga menyumbang kepada peningkatan pendapatan seisi rumah dan Malaysia adalah pendahulu di rantau Asean dalam mengurangkan jurang jantina. Jawatan tinggi dalam pengurusan dipegang wanita di Malaysia menunjukkan perkadaran tinggi berbanding Hong Kong dan Singapura.

Tahun lalun, Najib menetapkan sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam jawatan pembuat keputusan.

Dalam laporan perundingan IMF, tabung kewangan itu meletakkan pertumbuhan berterusan Malaysia sebagai mencabar dan terdedah kepada permodalan antarabangsa namun risiko itu ditangani melalui kadar pertukarang matawang Malaysia yang fleksibel, polisi kewangan yang kredibil dan pengukuhan fiskal.

Menurut laporan pasaran Bloomberg pada Mac lalu, Malaysia berkongsi kedudukan dengan Chile di tangga kelima sebagai negara memiliki pasaran yang sangat menggalakkan dan menduduki tempat pertama di kalangan anggota Asean.

Model ekonomi Malaysia menggabungkan penyatuan sosial dan polisi pasaran ekonomi berjaya menjana rekod pertumbuhan membanggakan di Asia Tenggara, rantau yang paling dinamik di dunia. Malaysia kini di persimpangan bersejarah dalam pembangunan negaranya, melalui keputusan yang tepat ketika mendaki tangga kemajuan. Anda tidak akan dapat melakukannya tanpa kepimpinan seperti Najib.

Oleh John Dauth,
Bekas Duta Australia di Malaysia dan di Britain.

http://www.theaustralian.com.au/news/world/malaysian-prime-minister-najib-razaks-reforms-drive-growth/story-e6frg6ux-1227606762513