Moody’s Menganggarkan Pertumbuhan KDNK 4.9% Untuk Q3 Negara Malaysia

Dalam kita menuju ke arah negara yang gagal seperti apa yang Tun M, Pakatan dan Uncle Lim Kit Siang katakan, sektor perkilangan, sektor perlombongan dan semua rakyat Malaysia secara amnya bertindak balas dengan meningkatkan tahap pengeluaran pembuatan dan perlombongan dan secara umumnya menggunakan lebih tenaga elektrik.

Penggunaan elektrik (oleh isi rumah serta perniagaan) – biasanya menjejaki keadaan ekonomi secara keseluruhan – tetapi tidak sempurna disebabkan peraturan kerajaan dan kecekapan tenaga yang lebih baik hari ini. Walau bagaimanapun, ia masih petunjuk kukuh tentang pertumbuhan dan kesihatan ekonomi.

Dalam satu kenyataan hari ini, demikian menurut Jabatan Perangkaan output sektor pembuatan dan perlombongan meningkat 5.6% dan 4.4% masing-masing. Pengeluaran elektrik adalah 2.6% lebih tinggi.

Tahun-kepada-tahun, pengeluaran sektor perkilangan meningkat sebanyak 5.6% pada September 2015 selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 4.3% pada bulan Ogos 2015.

Secara keseluruhannya, indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Q3, meningkat 5.1% daripada tahun sebelumnya.

Pada hari Jumaat, BNM akan mengeluarkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi Q3 – dan berdasarkan pertumbuhan IP, yang melebihi anggaran, ia harus cukup baik.

Moody’s menganggarkan pertumbuhan KDNK 4.9% untuk Q3 negara Malaysia.

Nota: Sila beritahu Tun Mahathir serta blogger penyokongnya Syed Ali Akbar yang ramalan kesuraman dan kehancuran beliau adalah salah lagi.

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/11/09/Malaysia-September-industrial-output-exceed-forecasts/?style=biz

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1735185946700192