Najib Sedia Beri Keterangan Kepada SPRM Tentang Dana RM 2.6 Bilion

Peguam Negara YBhg Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa saya diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut. Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Sememangnya menjadi hasrat saya untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes ini memandangkan ianya telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Najib Tun Razak,
Perdana Menteri Malaysia.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10153148073650952