Negara Yang Bail Out Edra Energy Adalah Negara Yang Sama Bail Out Perwaja

Negara yang dipanggil mem”bail out” Edra milik 1MDB merupakan negara yang sama yang mem”bail out” Perwaja Steel.

Tiada siapa yang pernah merungut apabila “sektor strategik” syarikat keluli negara kita di”bail out” oleh China hanya 4 bulan yang lalu pada bulan Julai.

Tun Mahathir juga tidak berkata apa-apa ketika itu.

Oh atau anda bermaksud keluli bukan sektor strategik? Jika tidak strategik maka mengapa berbelanja lebih daripada RM10 bilion membina dan berterusan menyelamatkannya dari masa ke semasa?

Dalam kes Edra, kerajaan mendapat balik semua atau sebahagian besar daripada wang yang telah digunakan.

Dalam kes Perwaja, semua RM10 bilion habuk pun tiada – tidak dapat dipulihkan.

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/07/15/China-firm-to-ink-rescue-deal-with-Perwaja-today/?style=biz

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1739148786303908