Patutkah Harga Petrol Kita Lebih Murah Daripada Iran Atau Lebih Murah Daripada Venezuela?

Sesuatu yang tidak kena di sini. Ini mesti kerana kerajaan melakukan songlap.

Walaupun kini penggunaan minyak di Malaysia lebih tinggi daripada yang kita hasilkan, bagaimana boleh harga petrol kita bukan yang paling murah di dunia?

Mengapa kita hanya ke-15 paling murah di seluruh dunia daripada 170 negara? Kerajaan Kejam!

Saya menuntut Kerajaan untuk menjelaskan mengapa kita bukan nombor satu paling rendah di dunia!

Baru-baru ini, ahli ekonomi bertaraf dunia yang terkenal, Lim Guan Eng mengatakan kita perlu menurunkan harga petrol untuk mengukuhkan Ringgit kita.

Mengurangkan harga petrol akan bermakna permintaan dan penggunaan petrol akan lebih tinggi dan lebih banyak pembaziran dan ketirisan – bermakna lebih banyak import minyak dan petrol.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada YAB Lim bagaimana mengimport lebih banyak minyak dan petrol dan membayar lebih USD akan mengukuhkan Ringgit kita?

Juga, saya ingin tahu berapa murah harga petrol kita yang sepatutnya?

Patutkan harga petrol kita lebih murah daripada Iran atau lebih murah daripada Venezuela?

http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1733699150182205&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater