Pemimpin MILF Yang Bergambar Dengan Najib, Bukan Wakil Kesultanan Sulu

Tak fitnah, bukan namanya Pakatan lah!

Demi mempertahankan majlis pertemuan dan bergambar Nurul Izzah dan Tian Chua dengan Jacel Kiram yang tidak boleh dimaafkan itu, penyokong Pakatan terus menyebarkan gambar-gambar lama yang sudah basi mendakwa bahawa Najib bertemu Sultan Sulu atau wakil Sultan Sulu di Perhimpunan UMNO pada tahun 2012.

Semua penipuan biasa mereka.

Gambar itu memang pada tahun 2012 tetapi pada Oktober 2012 di majlis menandatangani perjanjian damai di Manila yang Najib bantu ‘broker’kan untuk Filipina dengan pemberontak Mindanao.

(perjanjian damai yang Jacel Kiram, rakan makan malam Nurul dan Tian Chua, lantang menentang melainkan Malaysia memberikan Sabah kepada mereka. Tiada keamanan di Mindanao akan bererti lebih serangan pengganas dan keganasan di sana – secara langsung memberi kesan kepada Sabah juga).

Orang yang di sebelah kiri itu adalah BUKAN Sultan Sulu atau wakil Sultan Sulu Kiram tetapi pemimpin MILF, Murad Ebrahim dan merupakan sebahagian daripada proses damai.

Dan tidak pernah ada artikel berita ABN memperincikan “mesyuarat rahsia” ini antara wakil Sulu dengan Najib di Perhimpunan UMNO seperti yang didakwa oleh blog-blog RBA – minta dengan zombi Pakatan untuk menunjukkan kepada anda link kepada artikel ABN sebenar – tiada pun sebenarnya)

Hanya penyokong Pakatan dan RBA yang boleh memutar belitkan satu perkara yang mulia seperti Najib membantu broker perjanjian damai menjadi Najib kononnya bertemu Sultan Sulu untuk merancang serangan Lahad Datu 2013.

Gambar-gambar yang sebenar yang mereka telah putar belitkan sebenarnya dari Reuters di sini: http://in.reuters.com/article/2012/10/15/philippines-rebels-peace-milf-idINDEE89E08K20121015

Lagi gambar-gambar majlis menandatangani perjanjian damai (perhatikan suit dan tali leher dipakai Murad dan Najib adalah sama) – dan anda juga boleh melihat Presiden Aquino III juga ada:
http://newsinfo.inquirer.net/289320/govt-milf-seal-preliminary-peace-pact

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1739062772979176&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater