Pemuda Sosialis Ketepi Calon India Dan Melayu

Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud merupakan pegawai khas kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, namun kedudukan itu tidak menjamin calon Melayu menang dalam senarai 15 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Ahad lalu.

Keputusan pemilihan DAPSY: https://aidcnewsfoto.files.wordpress.com/2015/11/dapys.jpg?w=809

Dyana Sofya terkeluar daripada senarai 15 AJK DAPSY yang dipilih apabila dia mendapat tempat ke-18 dengan 184 undi.

Seorang lagi calon Melayu yang terkeluar adalah Edry Faizal Yusof yang juga ‘pembantu khas’ kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dengan mendapat undi 190 berada di tangga ke-16.

Dalam satu risalah yang disebar di kalangan perwakilan pemuda sosialis DAP nama Dyana Sofya (calon no 6) dan Edry Faizal (calon no 8) disenaraikan sebagai calon yang ‘tidak perlu diundi’. https://aidcnewsfoto.files.wordpress.com/2015/11/dont-vote.jpg?w=809

Turut disenaraikan tiga lagi calon Melayu lain iaitu Mohd Firdaus Babh (no 24), Muhammad Shakir Ameer Mohideen(no 26) dan Raja Ahmad Iskandar Fareez (no 30)

Risalah itu menyebut kelima-lima calon Melayu itu tidak bersedia untuk mewakili dan memperjuangan hak kita.

Pada mulanya, Mohd Firdaus dan Muhammad Shakir berjaya menempatkan diri dalam posisi 15 AJK dilantik apabila masing-masing mendapat tempat ke-13 dan 15.

Namun, nama Muhammad Shakir kemudiannya dikeluarkan daripada senarai pemenang untuk diganti dengan nama Dyana Sofya yang dikatakan untuk memenuhi 30 peratus kouta wanita dalam DAPSY.

Nampak seperti kaedah yang sama yang pernah digunakan terhadap kes Zairil Khir Johari dalam pemilihan Jawatankuasa tertinggi DAP (CEC) pusat empat tahun lepas.

Pada mulanya Zairil terkeluar daripada senarai 20 CEC dipilih apabila mendapat 305 undi, namun DAP kemudiannya mendakwa terdapat kesilapan teknikal dan kedudukan Zairil ditukar dengan Wu Him Ven yang mendapat 1202 undi berada di tempat ke-20.

Proses pertukaran tempat itu membolehkan Zairil menang di tangga ke-20 CEC, Wu pula terkeluar daripada senarai 20 CEC pusat itu.

Itulah realiti pemilihan DAP, boleh menukar kedudukan pada bila-bila masa mengikut kemahuan satu pengaruh dinasti di peringkat pusat.

Akibat kepincangan, penyelewengan dan manipulasi itu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan CEC sekali lagi.

Berkaitan dengan kes Dyana Sofya, pengenalan sistem kouta wanita itu telah ‘menyelamatkan’ wanita Melayu itu berada di tangga ke-18 dengan memansuhkan kemenangan seorang lagi calon Melayu, Muhammad Shakir serta memintas dua calon lelaki Melayu dan Bumiputera yang lain iaitu Edry Faizal tempat ke-16 dan Mordi Anak Bimol tempat ke-17.

Sebelum ini empat wanita telah berjaya menempatkan diri dalam kedudukan AJK 15 iaitu Jenny Choy Tsi Jen (tempat ke-5), Tan Swee Boon (ke-8), Cherrie Ong Mun Yin (ke-9) dan Leong Yu Man (tempat ke-10).

Satu lagi risalah dikeluarkan ditujukan kepada dua calon India, iaitu V Krishna Murthy Naidu dan R Rajiv.

Risalah itu menyebut kedua-dua nama itu tidak perlu diundi kerana Arul Kumar Jambunathan sudah menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua DAPYS.

“Jangan biarkan kaum India memegang lebih banyak jawatan dalam Majlis Eksekutif Kebangsaan (DAPYS) kita.

“Jika anda membiarkan mereka menang, mereka akan dapat lebih kuasa dan akan menuntut lagi kouta untuk kaum India dalam pemilihan parti, calon pilihan raya dan banyak lagi,” kenyataan risalah itu dipetik.

Namun begitu pada pemilihan Ahad lalu V Krishna Murthy menang apabila mendapat tempat ke-11, namun R Rajiv tersingkir apabila mendapat tempat ke-19.

Tidak seperti Dyana Sofya yang diselamatkan melalui kouta, R Rajiv dibiarkan terkeluar daripada senarai AJK yang dilantik.

15 anggota yang dipilih sebagai jawatankuasa DAPSY iaitu:-

1. Henry Shim Chee On

2. Chiong Yoke Kong

3. Howard Lee Chuan How

4. Alan Ling Sie Kiong

5. Jenny Choy Tsi Jen

6. Patrick Hoo Keh Yew

7. Edmund Teoh Kheng Yaik

8. Tan Swee Boon

9. Cherrie Ong Mun Yin

10. Leong Yu Man

11. V Krishna Murthy Naidu

12. Foo Yu Keong

13. Mohd Firdaus Babh

14. Ee Chin Li

15. Dyana Sofya Mohd Daud

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/23/dyana-sofya-india-jadi-mangsa-rasis-pemilihan-pemuda-sosialis-dap/