Pengerusi PKR Sabah Lebih Pentingkan Agenda “Bebas Anwar” Dari Pelihara Sabah

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabah, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, semalam menyokong tindakan Nurul Izzah bersama Tian Chua berjumpa dengan Jacel Kiram III. Dakwa beliau, tindakan ini merupakan hak individu, tambahan pula Nurul Izzah kini sedang berjuang untuk membebaskan ayahnya dari penjara. Jesteru, tiada salahnya Nurul Izzah bergambar dengan Jacel.

Apa yang pasti, reaksi Lajim ini pantas mendapat kecaman ramai pihak yang mendakwa beliau bukannya anak Sabah andai merestui setiap perilaku yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah ini. Menurut mereka, adakah berbaloi berjuang untuk seorang pesalah liwat dan menidakkan kehilangan 9 nyawa anggota keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Yang salah tetap salah. Walaupun beribu alasan diberikan, tetapi apa yang ditunjukkan oleh Jacel Kiram sudah cukup untuk menjadikan bukti betapa tidak sensitifnya pembangkang terutamanya PKR dalam menghormati mereka yang telah terkorban semasa insiden Lahad Datu, 3 tahun yang lalu. Apa yang diperjuangkan PKR hanyalah pembebasan Anwar dan memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Soal sensitiviti rakyat, keperluan rakyat mahupun kewajiban mereka selaku rakyat Malaysia yang wajib mempertahankan negara di tolak ketepi, asalkan Anwar dapat dibebaskan dari penjara. Malah, hari ini, maruah parti berkenaan juga begitu mudah di injak DAP yang melihat, PKR sebuah parti terdesak yang mahu membebaskan Anwar dan memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri. Jesteru itu, ini memudahkan DAP untuk terus mempergunakan PKR untuk nafsu politik mereka.

Sumber: http://www.pru14.tv/2015/11/25/demo-aman-halang-nurul-izzah-memasuki-sabah/