Saya Sayang Tun Dr Mahathir, Terlampau Taksub, Membabi-Buta

Apabila anda memikul (atau mengambil alih) hutang, ia sama seperti orang memberi wang kepada anda supaya anda boleh membayar hutang itu.

Mengapa mereka mengenepikan bahagian ini? Adakah mereka sengaja berbohong atau tidak cukup bijak untuk memahaminya?

Jadi mengapa mengatakan bahawa 1MDB membeli loji kuasa untuk RM18 bilion (yang tidak benar) dan menjual RM10 bilion sahaja?

Beli dan mengambil alih hutang, anda sebut.

Jual dan si pembeli mengambil alih hutang, tidak pula anda sebut.

Pembohong! Pembohongan terang-terangan untuk menipu penyokong Tun dan juga para zombie.

1MDB jelas mengumumkan: Kumpulan CGN akan membayar, dalam tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan AKAN MENGAMBIL ALIH semua HUTANG KASAR yang berkaitan dan tunai Edra Operating Companies, berdasarkan penilaian pada tarikh pada 31 Mac 2015.

Dan Arul Kanda berkata, “Apabila mencongak pengurangan RM16-18 melalui Edra…”

p/s: Sebelum ini, bukankah anda semua berkata bahawa kesemua IPP ini adalah besi buruk dan tidak bernilai apa-apa? Jadi mengapa pembeli membelinya untuk RM10 bilion tunai dan menanggung hutang RM8 bilion?

Juga, jika ia membuka IPO, harga pasti lebih tinggi daripada jualan terus – tetapi kamu sabotaj dengan serangan politik berterusan anda.

Dan, jika Najib mahu harga yang lebih tinggi untuk Edra, apa yang hanya perlu dilakukan adalah kerajaan memberi Edra tarif tertinggi dan konsesi paling lama 20 tahun – sesuatu yang Tun Mahathir tidak akan teragak-agak untuk melakukan (dan akan melakukan).

Jadi, mengapa Najib tidak melakukan ini? Kerana Najib mengambil berat terhadap kadar yang rakyat bayar tetapi Mahathir tidak dan mengambil berat kroni beliau sahaja.

Jual rendah, anda merungut. Jual tinggi, juga anda merungut. Jual kepada syarikat tempatan, anda merungut, jual kepada orang asing, juga anda merungut. Haish!
—–
Beli loji kuasa Tanjong:
http://1mdb.com.my/news-coverage/1mdb-buys-tanjong-energy-from-ananda-krishnan-for-rm85bil-and-plans-to-increase

Beli loji kuasa Genting:
http://www.1mdb.com.my/news-coverage/genting-bhd-sells-power-generation-business-to-1mdb-for-rm23b

Beli loji kuasa Jimah:
http://www.1mdb.com.my/press-release/1mdb-boosts-capacity

Post pembohongan SSTDM:
https://www.facebook.com/ILOVETUNM/photos/a.159716777433474.41152.152404861497999/992346650837145/?type=3

Pengumuman mengenai penjualan Edra: http://www.1mdb.com.my/press-release/edra-successful-execution-of-share-sale-purchase-agreement

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1738940876324699&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater