Sehebat Mana Pun Perdana Menteri Malaysia, Tidak Akan Beliau Mampu Memulihkan Momentum Ekonomi China

Seperti yang dijangka, selepas Tun Mahathir disoal oleh Polis hari ini (di mana beliau enggan menjawab semua soalan polis), dia menulis entri blog lagi hari ini untuk menghentam PM Najib dan Kerajaan.

Ini adalah respon saya terhadap tulisan blog Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Fakta beliau adalah:
—-
Dari blog beliau (http://chedet.cc/?p=1908):
4) Tetapi benar, semuanya ok, terkawal. Tapi tak mungkin! Bank dan sistem kewangan mungkin ok, tetapi petunjuk mengatakan ekonomi kita tidak ok!

5) Ringgit jatuh sebanyak RM1 kepada 4.3 berbanding USD1. Ianya penurunan nilai yang besar dan akan menjejaskan import atau pinjaman di dalam nilai USD.

LSS – Saya tak faham kenapa anda mengutuk kerajaan apabila nilai ringgit jatuh berbanding USD ketika banyak lagi negara mengalami masalah yang sama dan lebih teruk dari Malaysia, contohnya Rusia, Brazil, Kazakhstan, New Zealand dan Norway.

Ini adalah akibat dari kejatuhan harga komoditi dan pasaran masih melihat Malaysia sebagai ekonomi yang bergantung kepada komoditi.

Sehebat mana pun Perdana Menteri Malaysia, saya tak yakin beliau boleh mengawal harga minyak dunia atau mengembalikan momentum ekonomi China.

Jika matawang begitu penting untuk anda, Tun, apa yang Najib perlu buat hanyalah tambat ringgit kepada RM3.80 untuk 1USD.

Jika anda boleh buat, mengapa tidak Najib?

Habis cerita. Perkara paling mudah untuk dibuat.

Walaubagaimanapun, ianya perkara yang baik apabila kerajaan memilih untuk tidak melakukannya (tidak seperti sesetengah orang) dan mengekalkan aliran dana yang bebas yang mencerminkan keadaan pasaran yang lebih baik.

Menambat ringgit adalah salah dan akan sebabkan lebih banyak kemudaratan.

Kenapa risau sangat dengan urusniaga import? Saya ingat anda benci yang kereta import lebih murah dan boleh bersaing dengan Proton?

Import yang mahal bermakna lebih peluang untuk Malaysia untuk bergantung kepada barangan tempatan berbanding barangan import, sekaligus mengurangkan aliran tunai ke luar negara.

Dan untuk pinjaman di dalam USD, Malaysia sudah belajar dari kesilapan anda. Sekarang, 97% dari hutang kerajaan di dalam ringgit dan kita tidak lagi berani mendedahkan diri kepada hutang negara – tidak seperti ketika anda menjadi PM.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/everything-is-under-control-and-was.html