Semua Calon Melayu Pemilihan DAP Selangor Tewas, Malah Tidak Berjaya Masuk 15 Undian Tertinggi

Pemilihan DAP negeri Selangor yang berakhir baru-baru ini menyaksikan Gobind Singh Deo menerima undian tertinggi. Tony Pua pula berada di tangga ke-8, 241 undi di belakang Gobind. Namun begitu, Tony telah dilantik semula sebagai Pengerusi DAP negeri dan Gobind, timbalan pengerusi. Macam mana boleh terjadi? Ada 7 orang yang menerima undian yang lebih tinggi dari Tony, tetapi beliau berjaya mengekalkan jawatan beliau.

Memandangkan Gobind menang undian ‘popular’, mengapa beliau tidak menjadi pengerusi? Adakah ‘undi popular’ hanya tertakluk kepada pilihanraya umum apabila keadaan tidak memihak kepada DAP?

Tindakan Tony yang tidak konsisten untuk berdebat dengan CEO 1MDB Arul Kanda jelas tidak diterima dengan baik. Tony hanya melemparkan soalan dan tidak berani disoal. Ini yang cuba disampaikan DAP?

Malangnya, kesemua calon melayu yang bertanding di dalam pemilihan ini tewas. Malah mereka langsung tidak tersenarai di dalam 15 undian tertinggi. Dengan kononnya DAP adalah parti yang berbilang kaum, ahli mereka sendiri tidak bertindak demikian. Jadi, slogan berbilang kaum ini hanya omong kosong semata-mata? Anda bercakap untuk membawa perubahan kepada negara ini tetapi anda sendiri gagal untuk membawa perubahan di dalam organisasi anda. Ubah dahulu orang yang berada di dalam cermin sebelum berangan-angan untuk mengubah dunia.

Pakar perlembagaan dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr. Aziz Bari telah menyertai DAP dari PKR beberapa bulan lepas. Aziz kalah di bawah tiket PKR untuk kerusi Sabak Bernam ketika pilihanraya umum 2013. Beliau sudah lagi tidak dipandang di dalam PKR lalu melompat ke dalam DAP. Apabila diperkenalkan sebagai ahli DAP, Aziz mendakwa beliau tidak mengejar sebarang jawatan. Beliau hanya mahu menyumbang kepada parti. Beliau kalah dalam pemilihan DAP Selangor namun masih dipilih sebaga ahli jawatankuasa negeri. Adakah Aziz telah menerima jaminan dari DAP yang tidak kira apa yang telah terjadi, beliau akan tetap mendapat tempat di dalam ahli jawatankuasa parti DAP Selangor?

Aziz kini berkata PKR yang majoritinya melayu bermasalah dan PAS pula tiada fungsi. Kenapa tidak DAP bungkus dan keluar dari Selangor jika mereka mempunyai masalah dengan PKR dan PAS? Adakah DAP dahagakan kuasa?

Yeo Bee Yin hanya menerima 384 undian dan telah ditendang keluar dari ahli jawatankuasa negeri. Yang ajaibnya, beliau telah dilantik semula. Nampaknya di dalam DAP, jika anda kalah pemilihan, anda masih boleh kekal relevan melalui pintu belakang. Adakah ini jenis demokrasi yang cuba dilaungkan oleh Lim Guan Eng? Nampaknya keputusan pemilihan tidak penting bagi DAP.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad begitu tegas mengecam pemimpin MCA dan Gerakan yang menyertai kabinet dan mendakwa BN mengamalkan politik retorik. Beliau mendakwa, pelantikan pemimpin tersebut ke dalam kabinet hanyalah bertujuan untuk meraih sokongan bukan melayu. Jadi, apa motif sebenar pelantikan orang melayu di dalam DAP?

Adun DAP Skudai Dr. Boo Cheng Hau telah dipaksa untuk mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai ketua pembangkang Johor selepas gagal untuk menempatkan diri dalam kalan 15 orang ahli jawatankuasa DAP Johor. Dr. Boo dikenali sebagai sebagai seorang yang bebas dalam menyatakan pandangan dan mendakwa telah ditikam dari belakang oleh anggota DAP berpangkat tinggi. Dr. Boo telah berkhidmat di dalam DAP Johor semenjak tahun 1994 dan bertanggungjawab membina sokongan untuk DAP di Johor. Namun begitu, beliau telah diganti oleh Pengerusi DAP Johor, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada Januari tahun lepas. Liew dikatakan rapat dengan Lim Guan Eng.

Jika apa yang berlaku di dalam DAP perlu sealiran dan sejajar dengan Lim Guan Eng, apa perlunya DAP adakan pemilihan parti? Hanya untuk memenuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS)? Suara pengundi dan keputusan pemilihan tidak penting jika individu yang dijangka akan mengisi kerusi ahli jawatankuasa negeri akan tetap mengisinya, sama ada melalui cara menang dengan sah atau melalui pintu belakang.

Kelakar bukan, apabila apa yang pembangkang tahu hanyalah mengkritik kerajaan dan bercakap dengan lantang mengenai integriti?

Oleh Jason Chin,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2015/11/03/do-the-selangor-dap-elections-mean-anything-at-all/