Senarai Institusi Milik Penuh YaPEIM, YaPEIM Sedia Disiasat

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berkata ia sedia disiasat berhubung sebarang dakwaan salah laku melibatkan badan itu, sekiranya ada salah laku berkenaan pentadbiran, pengurusan dan operasinya,” kata Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsudin.

“Yapeim sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak yang menyiasat sekiranya ada salah laku berkenaan pentadbiran, pengurusan dan operasinya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan dana yayasan itu oleh pihak tertentu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim menegaskan, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan dan operasi.

“Malah Yapeim dikawal selia oleh anggota Lembaga Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Syariah yang sentiasa memantau segala urusan operasinya,” katanya.

Menurutnya, Yapeim DIAUDIT oleh Jabatan Audit Negara sejak awal penubuhannya.

Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, Yapeim memfokuskan kepada usaha melaksanakan kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

—–
Institusi Milik Penuh YaPEIM:

– Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM
– Permodalan YaPEIM
– Darul Sasaran
– PJ Perdana Management & Service
– Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
– Akademi Pengurusan YaPEIM
– Perbadanan INFAQ YaPEIM
– YaPEIM Smart Venture

Institusi di Bawah Kawalan YaPEIM:
– Koperasi YaPEIM Berhad
– Ar Rahnu YaPEIM
– YaPEIM Hospitality International
– Koperasi Ibadah KorbanYaPEIM Berhad
– YaPEIM SMART
– Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad
– Koperasi Santun Berhad
– Koperasi Kebajikan Pasca Perkhidmatan YaPEIM Berhad
– Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)