Setiap Rakyat Membayar GST 6% RM19 Sehari Bermakna Pendapatan RM9000 Sebulan

Rafizi oh Rafizi.

Setiap rakyat membayar GST 6% RM19 sehari bermakna pendapatan RM9000 setiap sebulan.

Anda tidak tahu bagaimana untuk mengiranya? Biar saya tunjukkan kepada anda.

Setiap rakyat atau isi rumah berbelanja RM316 sehari, 6% dari jumlah itu bermakna bayar RM19 GST setiap hari.

RM316 X 30 hari = RM9,500.

Bermakna setiap rakyat atau purata pendapatan isi rumah sudah RM9,500 minimum sebulan.

Masih mahu merungut kah?

Patutlah Pensyarah Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Mohamed Aslam Mohamed Haneef berkata kenyataan Rafizi itu dibuat tanpa memberikan maklumat terperinci dan tidak boleh disahkan.