“Tanya Sama Najib Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Nak Hilang”

Rakyat Malaysia tidak lupa apabila Wira negara ditawan kemudian dipenggal kepala, dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Malah tubuh wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam. Ada anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac 2013 di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna OLEH PENCEROBOH LAHAD DATU diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan Sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘Sultan’ Ismail Kiram II?

Malah ‘Puteri’ Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama bagi menghalalkan tindakan mereka menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair.

Nampak gayanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama iaitu berkempen memperjuangkan pembebasan tahanan liwat Anwar Ibrahim.

Kebetulan? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Anwar Ibrahim tidak mengaku ada kaitan dengan pengganas Sulu selepas episod hitam itu berakhir.

Tapi, masih ingatkah lagi dengan nyanyian Anwar Ibrahim ketika sebelum Pengganas Sulu serang Sabah:

“Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang..”

Sekarang satu persatu kian terungkai.