TNB Union Jangan Terjerumus Jadi Retorik, TNB Tidak Boleh Kekal Dominan

TNB Union seolah-olah menjadi patriotik dan agak politikal dengan menentang pengambilalihan oleh China dan hanya menyalahkan kerajaan. Tetapi mereka berdiam diri tentang ketiga-tiga A Kadir Jasin, Tony Pua dan Rafizi. Mengapa senyap tentang lanjutan tiga tahun IPP milik YTL baru-baru ini di mana mereka lah yang melakukan demo pada bulan Jun 2014 dengan segala bantahan penuh emosi? http://malaysiagazette.com/ms/nasional/kami-tentang-habis-habisan-jika-ytl-masih-jadi-ipp

Terbaru tahun 2014, dividen kepada pemegang saham kecil YTL Power, Bara Aktif Sdn Bhd seperti di sini: http://goo.gl/zMQ1gP

Siapakah Bara Aktif? Baca media mesra pro-Tun, KiniBiz sini. http://www.kinibiz.com/story/issues/94381/how-malaysia’s-first-ipp-was-born.html

Sangat mengejutkan apabila TNB Union diam tentang ini.

Kakitangan TNB tidak boleh terlalu dramatik tetapi harus menerima hakikat bahawa TNB tidak boleh kekal dominan dalam penjanaan kuasa. Yang tidak dapat dielakkan adalah ia boleh dipecahkan seperti Telekom untuk mencapai kecekapan dalam dunia yang halangan perdagangan semakin longgar.

Akhirnya persaingan perlu diperkenalkan untuk menurunkan kos tenaga. Sesuatu yang tidak boleh dilakukan dengan monopoli. Ia adalah intipati pembentukan 1MDB Tenaga (pendahulu kepada Edra).

Sebagai salah satu pemain industri dalam bidang tenaga elektrik, ia boleh disegmentasi ke dalam penjanaan kuasa, pengedaran dan penghantaran. TNB masih mengawal PPA, pengedaran dan penghantaran. Mereka mempunyai monopoli sebagai pemegang lesen tunggal untuk pengimportan arang batu. Gas dan sumber petroleum masih dipegang oleh Petronas.

Kedudukan selesa untuk TNB ini tidak boleh bertahan selama-lamanya. TNB Union perlu sedar dan lebih berdaya tahan daripada bersikap retorik.

Ketakutan kita adalah China boleh menjadikannya tebusan. Pihak kerajaan berhujah ia hanya 14%. TNB masih mengawal 50% dan Malakoff pada 20%. Datuk Seri Maximus Ongkili berkata jualan ke China tidak akan menjejaskan keselamatan negara. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/11/24/ongkili-edra/

Selain sabotaj dari Kadir Jasin, TNB tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk berbuat demikian. TNB masih mempunyai komitmen kewangan RM21 bilion untuk membina 3 lagi IPP, termasuk satu bidaan yang pada asalnya dimenangi 1MDB dan terpaksa dilepaskan.

Jadi dengan membeli Edra, boleh menegangkan kewangan TNB dan kesannya boleh menjejaskan bonus kakitangan. TNB Union harus mengakui bahawa beberapa IPP Edra berada di luar negara dan TNB tidak mempunyai rekod yang terbaik memulihkan IPP di luar negara.

Selain daripada TNB, terdapat terlalu sedikit pembida tempatan.

Katakan beri kroni YTL peluang. Mereka sudah berkata tidak ada daging dan hanya ada sup tulang.

Mereka hanya akan datang apabila tanah diberi murah, subsidi bahan api besar, kadar PPA tinggi, ABB menjalankan kilang, bank tempatan menawarkan pinjaman pada kadar yang murah, “rasuah” kertas projek dari dalam dan kepimpinan tertinggi di dalam poket mereka. Taukeh YTL hanya dalam dalam tabiat bersilang kaki dan menonton rancangan Chippendale.

Malakoff sudah pada kapasiti penuh. Ia perlu menjadi steak berjus tebal untuk meyakinkan bank mereka.

Tidak banyak pilihan yang ada kemudiannya. Seperti ada betulnya apa yang MyKMU sebut “Jual kat sapa pun, tetap jadi isu”.
http://www.mykmu.net/2015/11/edra-jual-kat-sapa-pun-tetap-jadi-isu/

Sumber: http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2015/11/blame-it-on-kadir-jasin-tony-pua-and.html