Tun M Mengaku Pentadbiran Era Beliau Melakukan Kesilapan Dalam Konsesi Tol

Beberapa tahun yang lalu, Tun M berkata:

Sambil mengakui bahawa kerajaan semasa pentadbiran beliau mungkin telah melakukan kesilapan dalam menandatangani perjanjian konsesi tol, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pentadbiran sekarang lebih berhati-hati sebelum bersetuju untuk kenaikan tol.

“Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu BODOH,” katanya ketika diberitahu wartawan bahawa semua lebuh raya bertol adalah dibina dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri.

Tun Mahathir berkata, apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut.”
—-
HEBAT! Tun M mengakui dia dan menteri-menterinya ketika itu adalah bodoh dan tidak pernah benar-benar mengkaji perjanjian sebelum menandatangan.

MENGAGUMKAN!

Tetapi apabila kerajaan perlu membenarkan konsesi tol menaikkan harga kerana Tun M bodoh (Tun yang kata, bukan saya) dan menandatanganinya tanpa membaca dengan betul (Beliau yang kata, bukan saya). Tun M berkata ini:
—-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa adar kenaikan to 16 lebuh raya utama yang dikhabarkan mungkin untuk membayar hutang Putrajaya.

Awal hari ini, akhbar bahasa Melayu Berita Harian melaporkan bahawa Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan kadar tol bagi 16 lebuh raya Ogos ini semasa mesyuarat Kabinet hari ini.

“Mungkin mereka mengumpul RM6 bilion bagi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), tetapi mungkin mereka perlu membayar untuk pinjaman yang mereka ambil yang telah bermasalah,” katanya, mungkin merujuk kepada hutang rm42 bilion oleh 1MDB.
—-
Banyak cantik lah, Tun.

Kesilapan dan kebodohan anda (anda yang kata, bukan saya) dan orang lain pula perlu menanggung kesannya dan kemudian anda dengan mudah menyalahkan orang lain?

Sangat molek Tun Mahathir.
—-
Tun M mengakui dahulu dia bodoh: http://www.thesundaily.my/node/171646
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2007/1/5948/dr-mahathir-bersetuju-demonstrasi-bantah-tol.html

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dr-m-suggests-putrajaya-hiking-toll-rates-to-pay-for-soured-loans

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1735270046691782&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater