Wakil Rakyat DAP, Wakil Rakyat Nomad Yang Suka Berpindah Randah

Satu perkara yang anda perlu beri kredit kepada DAP adalah mereka betul-betul fokus untuk memenangi pilihan raya dengan membawa keluar semua helah dan taktik.

Sebagai contoh, Lim Kit Siang terkenal dengan melompat antara kerusi. Beliau telah menjadi Ahli Parlimen di 5 negeri dan ADUN bagi 3 kerusi yang berbeza – ahli politik mnomad yang sebenar akan pergi ke mana kemasyhuran terbaiknya boleh digunakan – bukan untuk berkhidmat bagi kawasannya tetapi dia datang jika boleh menang.

Dan DAP juga dikenali mempunyai kolam pengundi yang mereka boleh arahkan untuk bergerak antara Parlimen atau kerusi Negeri – di mana yang undi mereka amat diperlukan.

Kali ini, silap mata mereka telah didedahkan oleh ketua PAS Selangor dan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

PAS Selangor memberi amaran kepada DAP yang mereka sudah tahu rancangan mereka.

“Kita sudah tahu strategi mereka. Kami telah menerima laporan mengenai peralihan pengundi ke kawasan Dewan Undangan Negeri milik PAS, “kata Iskandar.

“Tetapi kita masih yakin kita mampu mempertahankan kerusi kami,” katanya.

Sebahagian besarnya adalah kerusi majoriti Melayu dengan sejumlah besar pengundi Cina.

Hipotesisnya, kemungkinan DAP untuk memenangi kerusi ini adalah tinggi memandangkan undi Melayu secara tradisinya dibahagikan sama rata antara Umno dan PAS.

PAN dan PKR kemudiannya akan membantu DAP untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada DAP manakala UMNO dan PAS berpecah undi – oleh itu memberi DAP peluang untuk berjaya.

Semua taktik DAP sudah tentu, boleh dipersoalkan dari segi etika, tetapi tidak menyalahi undang-undang.

DAP hanya mengambil kesempatan daripada sistem pilihan raya dan politik berasaskan kaum untuk memanipulasi komposisi pengundi yang mereka sasarkan untuk menang.

Tetapi pengundi hanya perlu sedar bahawa DAP memang melakukan taktik dan helah seperti ini.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-voters-shifting-to-pas-areas-ahead-of-ge14-islamist-partys-leader-claim

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1733013203584133&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater