YB Rafizi Boleh Meyakinkan Speaker Untuk Membolehkan Arul Berdebat Tanpa Mengganggu Hak Untuk Hadir Sebagai Saksi?

“YB Rafizi Ramli menuduh Arul Kanda bersembunyi di belakang Speaker Parlimen.”

Saya tidak tahu apa yang YB Rafizi fahami dari kenyataan Speaker dan Arul Kanda. Tetapi ini adalah apa yang saya faham:

1) Yang di-Pertua Speaker dengan jelas berkata Arul tidak dibenarkan untuk berdebat secara terbuka sebelum pendengaran PAC atau dia akan hilang kelayakan sebagai saksi. Arul akan dipanggil untuk menghadapi siasatan itu pada 1 Disember – kurang daripada sebulan lagi.

Arul mempunyai hak untuk menyatakan dan mempertahankan kes 1MDB tanpa menjejaskan pendengaran PAC. Jangan dilucutkan hak ini.

Mungkin, sebagai ahli parlimen, YB Rafizi boleh meyakinkan Speaker untuk membolehkan Arul berdebat tanpa mengganggu hak untuk hadir sebagai saksi?

YB Rafizi perlu mengusahakan ini.

2) Penerimaan perbahasan tanpa syarat oleh Arul jelas hanya untuk YB Tony Pua. Arul Kanda memberi respon disebabkan oleh pelbagai cabaran dan ejekan kebudak-budakan yang dibuat oleh YB Tony Pua.

Fakta ini dapat dilihat dengan jelas dalam video penerimaan tanpa syarat cabaran perbahasan oleh Arul Kanda.

YB Rafizi perlu tahu dia bukan YB Tony dan tidak perlu memutar belit kenyataan Arul.

Malah sehingga semalam, YB Rafizi teragak-agak untuk berdebat dengan Arul – memberi alasan aneh ‘dua lelaki botak tidak boleh berdebat live di TV’, yang mana beliau telah diejek secara meluas.

YB Rafizi tidak perlu berasa bahawa dia harus menebus maruah selepas ejekan ini dan cuba mencari publisiti untuk menyelamatkan YB Tony dari cabaran yang Tony secara peribadi buat.

YB Rafizi tidak sepatutnya menjadi ‘gadis pengapit pengantin’ kepada Tony atau menjadi ‘Diet Coke’ kepada Tony ‘Real Deal Coca Cola.’

YB Rafizi lebih bagus daripada ini. Biar Tony perang sendiri.

Walau bagaimanapun, YB Rafizi amat dialu-alukan untuk bertukar tempat dengan YB Tony jika dia memilih cara itu dan membenarkan YB Tony untuk memenuhi cabaran sendiri kepada Arul.

Sebagai ahli PAC, saya secara peribadi akan menyokong YB Rafizi untuk melakukan ini, kerana saya tidak mempunyai keraguan bahawa dia adalah sama kompeten seperti YB Tony, jika tidak lebih, dan akan menjadi aset kepada PAC.

Saya sering menegaskan siasatan PAC adalah platform terbaik jika kebenaran adalah benar-benar apa yang anda cari.

Tetapi ternyata ahli-ahli politik tertentu mahu terus menjadikan isu ini sebagai modal politik.

Sebagai seorang individu dan ahli PAC yang juga mencari kebenaran tentang 1MDB, menyeru kepada semua ahli politik untuk memberi kita ruang dalam PAC untuk melakukan tugas yang diamanahkan kepada kami oleh Parlimen.

Datuk Liang Teck Meng,
Ahli Parlimen Simpang Renggam,
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
https://www.facebook.com/tmliang/posts/10153791071144455?fref=nf