1981 Mahathir Berkuasa, Kebimbangan Kaum Cina Paling Hebat Masa Itu Adalah Pembersihan Etnik

“Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi, bermakna mereka akan tetap ‘mencetak wang’ biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka.”


Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menulis buku The Malay Dilemma sebagai tindak balasnya kepada tragedi 13 Mei dan beliau tewas pada pilihanraya 1969 (disebabkan kaum Cina memilih PAS), buku itu disenaraikan sebagai menghasut dan terlalu berbaur perkauman. Maka, kerajaan ketika itu mengharamkan buku itu dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mahukan Dr Mahathir ditangkap namun dinasihatkan tidak berbuat demikian.

Apapun, buku The Malay Dilemma Dr Mahathir sarat dengan kemarahan dan racun. Kaum Cina sangat bimbang apabila Dr Mahathir mengambil alih kerajaan pada 1981 sebagai Perdana Menteri dan mereka sudah bersedia apa yang bakal terhidang – kemungkinan besar pembersihan etnik kaum Cina.

Bayangkan terkejutnya mereka apabila mendapati Dr Mahathir rupanya adalah sahabat paling baik kaum Cina, atau sekurang-kurangnya dengan kapitalis dan jutawan berbangsa Cina. Dr Mahathir memilih jutawan Cina dan menjadikan mereka jutawan bilion. Malah Dr Mahathir turut memberikan RM3 bilion kepada kaum Cina pada pertengahan 1980-an ketika krisis ekonomi melanda Malaysia. (Dan apabila kaum Melayu membantah, beliau memberikan RM500 juta untuk menutup mulut mereka, maka beliau melakukan apa yang beliau tuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lakukan).

Persoalannya, adakah Dr Mahathir benar-benar serius mengenai sentimen perkaumannya dan The Malay Dilemma atau hanya bermain wayang? Adakah beliau berubah apabila menjadi Perdana Menteri, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau hanya berlakon serta hanya menggunakan patriotisme kemelayuan sebagai landasan politik bagi melangkah lebih jauh (sama seperti Anwar menggunakan platform Islamnya)?

Dr Mahathir perlu meneliti kembali The Malay Dilemma yang ditulis 45 tahun lalu dan menulis yang baru dengan pindaan. Jika tidak, kita akan menganggap beliau menipu dan buku yang ditulisnya adalah satu temberang. Dan, mengambil kira kepandaian Dr Mahathir dengan pelbagai muslihat, senario kedua mungkin gambaran paling tepat.

Maksud saya, jika Dr Mahathir benar-benar maksudkan apa yang ditulis dan mendakwa 45 tahun lalu kita tidak akan nampak beliau bekerjasama atau bersuhabat dengan jutawan Cina bagi menjarah kekayaan negara kaw-kaw.

Dan kaum Cina menghentam Artikel 153 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal pada masa yang sama, jutawan berbangsa Cina berubah menjadi bilionair disebalik tirai DEB.

Apa saya maksudkan, kita hanya perlu melihat satu contoh iaitu ERL (walaupun saya boleh berikan anda 100 contoh).

Berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan kepada MAHB bertarikh 21 Ogos 1997 (Rujukan UPE(S)65/3/5), ia merujuk kepada satu memorandum daripada Dr Mahathir yang mengarahkan MAHB untuk membayar Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebahagian daripada cukai lapangan terbang dikenakan terhadap penumpang domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia turut meliputi KLIA2.

Pembayaran MAHB kepada ERL ini bermula pada hari pertama operasi sehinggalah ke penghujung tempoh konsesi 30 tahun. Pembayaran ini akan meningkat 10 peratus setiap tahun sehingga konsesi tamat. Ini bermakna, KLIA dan KLIA2 bakal menaikkan cukai lapangan terbang bagi menampung pembayaran meningkat kepada ERL.

Melalui perjanjian konsesi ini, tambang ERL (diasingkan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 menjelang tahun 2019, kemudian kepada RM126 menjelang 2024 (berbanding RM35 ketika ini dan RM55 pada tahun depan).

Jika kenaikan ini tidak dibenarkan, kerajaan terpaksa membayar berbilion Ringgit sebagai pampasan kepada ERL.

Berdasarkan kepada kadar dipersetujui dan pembayaran daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) membuat unjuran perolehan lebih RM1 bilion setiap tahun bermula tahun depan dan RM2.5 bilion setiap tahun pada tahun 2027.

Angka ini sebenarnya sangat besar mengambil kira kos pembinaan yang melambung kepada RM2.4 bilion dan YTL sudahpun memperolehi keuntungan besar daripada pembinaannya lama dahulu.

Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi, bermakna mereka akan tetap ‘mencetak wang’ biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka.

Maka, apa yang ditulis Dr Mahathir pada 1970? Atau adakah ia hanya sampah ditujukan kepada orang Melayu agar mampu memperolehi sokongan untuk beliau menjadi Perdana Menteri?

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/mahathirs-the-malay-dilemma-has-become-the-malaysian-dilemma/