1MDB Mangsa Persepsi Untuk Tutup Kegagalan Penasihat Proton

Artikel-artikel sebelum ini mengenai Proton bukan bertujuan untuk menjatuhkan kereta nasional tersebut, mahupun menyerang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Bukan juga untuk memburukkan Tun Mahathir.

Kami hanya mahu menunjukkan betapa ketika 1MDB difitnah dengan pelbagai isu, Proton merupakan “real crock” yang Mahathir cuba sembunyikan.

Proton dipilih sebagai perbandingan kerana ia merupakan pertemuan klasik Najib Razak dan Mahathir Mohamad.

Mohd Najib DITUDUH menggunakan 1MDB untuk mengkayakan anak tirinya Riza Aziz tanpa sebarang fakta atau bukti yang jelas kecuali andaian dan persepsi Tun Mahathir dan konco-konconya.

Sebaliknya, adalah jelas anak saudara Tun Mahathir mendapat faedah dan keuntungan yang besar dengan Proton selama puluhan tahun.

Najib Razak berusaha menyelamatkan 1MDB tanpa menyusahkan rakyat. Sebaliknya, Mahathir mahu terus mempertahankan Proton yang memberi keuntungan besar kepada keluarganya melalui permintaan geran penyelidikan dan pembangunan. Mahathir juga mahu perlindungan kereta nasional diteruskan yang akan memaksa rakyat membayar harga kereta yang lebih mahal.

Sehingga hari ini, Tun Mahathir langsung tidak memberi sebarang ulasan mengenai kritikan terhadap Proton dan Yasmeen Jurumuda Sdn Bhd. Kita tidak mahu syarikat ini lingkup dan jahanam, seperti mana kita tidak mahu 1 malaysia Development Berhad (1MDB) lingkup dan jahanam kerana serangan Tun Mahathir.

Untuk rekod, kami tidak menyatakan ada berlaku sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak kepada Yasmeen Jurumuda Sdn Bhd. Kami hanya sekadar memberi fakta. Jadi tidak penting cabaran-cabaran remeh temeh daripada penyokong Tun Mahathir supaya jika benar, arahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis siasat dan tangkap Tun Mahathir.

Cabaran Tun Mahathir beberapa bulan lalu juga hanya cabaran politik kerana kita tahu Tun bukanlah “gentleman” sangat. Tun “melompat sakan” apabila diminta memberi keterangan kepada Polis mengenai gerakan Sarawak Report dan rakan-rakannya menjatuhkan Mohd Najib Razak. Tun langsung tidak mahu menjawab soalan Polis.

Ada penyokong Tun Mahathir marah apabila dibandingkan 1MDB dan Proton. Bagi mereka 1MDB adalah sejijik perkara dan Proton adalah sesuatu yang mulia (noble).

Namun mereka kena menerima hakikat bahawa walau sebesar mana hutang 1MDB, ia belum menindas dan menyusahkan rakyat mahupun kerajaan, sebaliknya demi melindungi Proton, rakyat terpaksa menerima polisi kereta yang memaksa harga kereta lebih mahal.

Jika anda duduk dan berfikir sebentar, adakah logik kita menganggap Proton sebagai satu projek nasional yang perlu dipertahankan dengan segala kos.

Adakah logik pula ada pihak berusaha memusnahkan 1MDB sedangkan syarikat ini berusaha menstabilkan harga elektrik yang mungkin terpaksa dinaikkan berkali ganda hasil perjanjian berat sebelah antara Pemilik Janakuasa Bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad suatu ketika dahulu.

Tindakan mana lebih rasional, nasionalis dan pragmatik?

Sudah tentu mereka yang berfikiran terbuka akan mengangkat 1MDB sebagai satu tindakan nasionalisme dalam diam Najib Razak.

Malangnya, ada negarawan tua tidak habis-habis menyebarkan cerita-cerita fitnah berdasarkan maklumat-maklumat palsu dan separuh benar untuk memburukkan 1MDB sebagai satu gajah korupsi terbesar. Ada beza besar antara syarikat bermasalah dengan korupsi. Mahathir mencampur adukkan semua isu sehingga mengelirukan orang ramai.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/1mdb-proton-dan-gencatan-senjata-tun-mahathir/