1MDB Punca Tun M Berhenti Sokong Najib

Chedet semalam berkata yang 1MDB adalah sebab mengapa beliau berhenti menyokong Najib.

Tetapi Chedet berhenti menyokong kerajaan Najib pada 10 Ogos, 2014 dan beliau telah nyatakan sebabnya di dalam tulisan di dalam blognya. http://chedet.cc/?p=1438

“24. Saya tiada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya.”

Tiada sekalipun beliau menyebut 1MDB di dalam senarai alasan beliau – pelik.

Beliau bagaimanapun ada menuduh Najib menyokong barangan import berbanding barangan tempatan.

Boleh anda tolong saya mencari perkataan ‘1MDB’ atau berbilion yang hilang di dalam artikel yang mengumumkan beliau tidak lagi menyokong kerajaan Najib?

Saya tak mahu memanggil Tun Mahathir penipu (lagi sekali).

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1743807175838069