2 Ahli PAC Langgar Etika Dalam Mengeluarkan Kenyataan Media Mengenai 1MDB

Tony Pua ditangkap berbohong sekali lagi – kali ini oleh salah seorang ahli PAC.


Kenyataan Akhbar oleh Liang Teck Meng, ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Walaupun saya bersetuju hanya Pengerusi PAC sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan mengenai sesi PAC, saya ingin mengambil maklum dengan penuh perhatian bahawasanya 2 orang dari ahli PAC telah mengabaikan pemahaman ini yang dipersetujui sebulat suara.

Untuk sebab-sebab yang saya tidak boleh jelaskan, dua orang ahli PAC telah mengeluarkan kenyataan selepas sesi PAC semalam yang mengelirukan dan direka untuk mewujudkan perasaan prejudis awam terhadap sidang prosiding PAC.

Nampaknya mereka lebih suka untuk mempolitikkan prosiding ini berbanding dengan mencari kebenaran berkenaan dengan siasatan kami.

Sebagai salah seorang ahli PAC, saya sangat kecewa dan sedih dengan kelakuan mereka. Ianya penuh dengan penipuan dan mengelirukan.

Saya yakin transkrip penuh sesi ini akan didapati di dalam Hansard parlimen nanti dan ianya akan mengesahkan apa yang saya telah perkatakan.

Sebagai contoh, adalah tidak benar Presiden 1MDB Tuan Arul Kanda tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan terhadap beliau.

Sepanjang 3 jam sesi semalam dan sesi sebelumnya selama 5 jam bersama Tuan Arul Kanda, terdapat satu soalan yang tidak dijawab sepenuhnya oleh beliau kerana ia berkaitan dengan satu dakwaan di media sehari sebelumnya, mengenai hal yang berkaitan dengan satu pihak ketiga.

Pada pandangan saya, Tuan Arul Kanda tidak berada di dalam posisi untuk memberikan komen berkenaan soalan berkenaan kerana ia berkait dengan pihak ketiga dan ianya hasil dari laporan media yang bersifat spekulatif, berbanding dengan laporan audit negara ke atas 1MDB.

Pendedahan terpilih maklumat ini oleh pihak ini tidak memberikan gambaran yang adil dan benar berkenaan apa yang sebenarnya terjadi di dalam prosiding PAC semalam. Pada pandangan saya, pendedahan terpilih sebegini direka untuk mempolitikkan prosiding dan mengelirukan orang awam dan memberikan persepsi negatif kepada prosiding kami.

Malangnya, sesetengah organisasi media – terutamanya media dalam talian berbahasa inggeris dan cina telah termakan umpan ini.

Ini adalah bahaya kerana ia boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti ahli jawatankuasa PAC di dalam siasatan yang sedang dilakukan dan siasatan pada masa hadapan.

Jika pengabaian terang-terangan ke atas undang-undang PAC ini berterusan dan prejudis terhadap siasatan PAC berlaku lagi, Saya ingin menyeru speaker dewan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan kita sendiri perlu mempertimbangkan untuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak Parliment.

Liang Teck Meng,
Ahli Parlimen Simpang Renggam,
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
19 Disember 2015

https://www.facebook.com/tmliang/posts/10153874639344455?fref=nf