Ada orang tanya kenapa DS Najib Mengambil Pendirian Senyap Dari Menjawab Fitnah-Fitnah Liar

Ada orang tanya kenapa DS Najib mengambil pendirian senyap dari menjawab fitnah-fitnah liar. Kalau fitnah, jawab & jelaskan lah kata mereka.


Teringat bidalan Saad bin Abi Waqqas apabila menghadapi situasi fitnah apabila ditanya oleh sekumpulan lelaki.

Bidalan beliau sungguh cantik.

Beliau berkata, fitnah ini bagaikan angin yang bertiup kencang sehinggakan debu-debu berterbangan menutupi jalan dan pandangan kita.

Ada sekelompok manusia mengambil jalan ke kanan. Mereka sesat.

Ada sekelompok manusia mengambil jalan ke kiri. Mereka sesat.

Namun ada kelompok yang berpendirian: Kita perlu kekal/tunggu di jalan ini sehingga berhenti angin dan tiada debu. Mereka sabar menunggu hingga berhenti angin kencang dan pemandangan jelas dan terang kembali – lalu mereka kembali meneruskan perjalanan di jalan yang betul.

Sekumpulan lelaki itu berkata lagi :
“-Jika demiikian- Kami akan melazimi yang yang ditinggalkan oleh Rasulullah terlebih dahulu sehingga kami menemui kebenaran. Dan Kami tidak mahu terjebak dengan fitnah.”

Sumber : [Lihat: Tarikh Dimashq, oleh Ibnu ‘Asakir, 39/496].



Kesimpulan.

Berdiam tidak membawa makna bersalah. Menyalak tak bermakna mereka benar.

Bila hadapi situasi fitnah ini, kita hanya perlu tunggu dan sabar.

Kerana kebenaran akan hadir selepas kebatilan. Masa yang menentukan.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/554909994676059