Anak Muda Patut Baca “Long Term Strategy”

LONG TERM STRATEGY
(Anak-anak muda saya syorkan bacalah ini).

Dari segi strategi jangka panjang, adalah tidak bijak untuk meletakkan kuasa ekonomi di tangan kumpulan orang yang tidak juga memegang kuasa politik.

Fenomena ini hanya terjadi di beberapa buah negara sahaja, di Haiti, umpamanya dan di Afrika Selatan. Di Haiti berlaku suatu rampasan kuasa dan di Afrika Selatan, orang berkulit hitam masih merempat walaupun Presidennya berkulit hitam juga.

Kerajaan UMNO sedar akan hakikat ini berpuluh tahun dahulu lagi dan di atas kesedaran ini, Kerajaan memberi begitu banyak peluang dan bermacam-macam insentif untuk menaikkan penglibatan Bumiputra di dalam sektor swasta, terutamanya perniagaan dan keusahawanan.

Bayangkan anda seorang jutawan. Apabila naik kapal terbang, First Class. Akan tiba suatu masanya, anda akan geram kenapa anda tidak dapat merasai Balai Bunga Raya VVIP atau Bilik VIP di airport kan?

After money, you want power.

Saya berpendapat bukan semua yang berbangsa Cina berfikiran begini tetapi kepimpinan DAP telah menghasut mereka untuk membenci Kerajaan yang diterajui oleh UMNO di atas dasar-dasar Kerajaan yang mengutamakan Bumiputra.

Sesungguhnya, para pemimpin DAP secara strateginya tidak mahu pegangan ekonomi oleh kaum Bumiputera meningkat peratusannya.

Sebab itulah kita ada GLC, sebab itulah kita ada MARA dan macam-macam lagi.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206485324545891