Apa Gunanya Ada (GDP) Nilai Positif Jika Ianya Ditampal Dan Terlalu Banyak Hutang?

 

Kawan kita ini bertanya, “Apa gunanya ada (GDP) nilai positif jika ianya ditampal dan terlalu banyak hutang?” https://goo.gl/YJhuXh

Dia tidak tahu yang suatu prestasi ekonomi diukur akhirnya dengan pertumbuhan KDNK/GDP.

Tanpa pertumbuhan ekonomi, jika GDP adalah negatif, semua aktiviti perniagaan akan mengalami kemerosotan. Bank-bank akan meningkat jumlah pinjaman tidak berbayar, makcik-pakcik yang berniaga jual nasi lemak pun akan berkurangan jualannya, cukai yang di kutip okeh Kerajaan merosot hinggakan perbelanjaan Kerajaan terpaksa di kurangkan dengan banyak, dan sektor Aawam terpaksa memberhentikan perkerja, pusat-pusat membeli-belah akan lengang.

Untuk tentang penjelasannya terhadap penarafan Fitch, adakah dia tidak sedar yang hutang sesebuah negara tidak diukur secara mutlak tetapi kepada peratusan GDP.

Dia juga nampaknya tidak mengetahui sebab mengapa hutang negara kita meningkat adalah kerana langkah suntikan yang diambil pada 2008 dan 2009 – respon kepada krisis ekonomi global.

Memang benar kebanyakan rakyat Malaysia tidak merasai krisis itu. Ini bukan satu kebetulan. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak merasai krisis itu adalah kerana tindakan Kerajaan yang pantas dan efektif.

Jika suntikan tersebut tidak dilakukan dahulu, negara akan menderita dari kemelesetan yang berpanjangan, i.e. pertumbuhan GDP yang negatif.

Jika itu yang berlaku, bukannya Kerajaan, tetapi cuba teka siapa yang sengsara menanggung hutang sekarang?

Rakyat seperti anda dan saya juga semua perniagaan di Malaysia. Itulah siapa.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206476412883105&set=a.2262622319047.2124240.1053139405&type=3&theater