Apa Itu KDNK & GDP? Bagaimana Prestasi Ekonomi Kita Diukur Melalui KDNK ini?

 

APA DIA KDNK TU?

Prestasi sesebuah ekonomi lazimnya, serata dunia, di ukur dengan GDP – Gross Domestic Product.

Dalam Bahasa Melayunya KDNK – Keluaran Dalaman Negeri Kasar.

KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar).

Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import.

Maka, katakanlah KDNK untuk tahun 2014 berjumlah RM1.0 bilion dan untuk tahun 2015 adalah RM1.1 bilion, ini bermakna ekonomi kita berkembang sebanyak 10%.

Selalunya, orang hanya sebut nilai peratusan ini.

Sesebuah ekonomi di katakan gawat apabila KDNK menguncup (2014 = RM1.0 bilion, 2015 = RM900 juta) untuk tidak kurang dari tiga suku tahun berturut-turut (9 bulan).

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206483182812349