Bersih Bukan Ancaman Kepada MKN, Polis Sahaja Sudah Cukup Untuk Kawal Mereka

Wow! Jawapan yang padu dari Nur Jazlan kepada BERSIH yang mengatakan bahawa rang undang-undang MKN dibentangkan untuk menangani mereka.


Nur Jazlan pada hari ini menolak kebimbangan yang disuarakan oleh BERSH 2.0 berkenaan rang undang-undang keselamatan negara yang baru oleh Putrajaya, dengan memberitahu pemerhati pilihanraya itu yang kerajaan lebih mementingkan perjuangan menentang keganasan berbanding dengan menghalang perhimpunan jalanan yang dianjurkan oleh BERSIH.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu perhimpunan jalanan yang dianjurkan oleh BERSIH sebelum ini tidak melibatkan penglibatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana hanya polis sahaja yang pernah terlibat untuk menjaga ketenteraman awam.

“Terdapat 4 perhimpunan BERSIH sebelum ini, tidak pernah sekalipun MKN diminta untuk masuk campur dan menanganinya. Semuanya ditangani dengan baik oleh polis, yang melibatkan Akta Perhimpunan Aman.”

“Apa yang mereka maksudkan? Bersih jangan ingat mereka penting sangat. [Ancaman] pengganas lebih penting daripada demonstrasi.”

“Mereka cakap mereka sentiasa aman, mereka bukan pengganas, jadi kita tidak perlu kisahkan mengenai mereka, kita serahkan kepada polis untuk berurusan dengan mereka, yang juga melibatkan wang, yang juga menyebabkan huru hara di jalanan,” tambah beliau, sambil merujuk perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 sebelum ini.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/putrajaya-more-concerned-about-terrorists-than-your-rallies-deputy-minister

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1744941615724625&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater