Bursa Saham London Pun Tidak Pernah Menyoal IPIC Tentang Dakwaan Kehilangan Dana

‘Pendedahan’ hari ini oleh Wall Street Journal yang nampaknya “1MDB telah menghantar $850 juta kepada satu entiti yang ditubuhkan yang dimiliki Dana Kekayaan Abu Dhabi” melalui 3 kali bayaran pada tahun 2014 bukanlah sesuatu yang baru.

(Memandangkan mereka berkata pembayaran ini dibuat pada tahun 2014, makanya ia langsung tiada kaitan dengan RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Najib pada tahun 2013 – maka Zombie tak payah seronok sangat)

USD850 juta ini sama di dalam ‘pendedahan’ pada September 2015 yang mendakwa hampir USD1 bilion yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada Aabar telah hilang.

Ini kemudiannya dijawab dengan terperinci oleh 1MDB:

“Kami ingin menegaskan 1MDB tidak bercakap bagi pihak Aabar atau IPIC atau memberikan komen mengenai aturan perakaunan pihak ketiga. Apa yang kami boleh sahkan adalah nota kepada Penyata Kewangan diaudit bertarikh 31.03.2014 telah secara jelas menyatakan sumber pembiayaan tersebut dan tujuan pembayaran untuk penamatan pilihan, untuk mengelakkan sebarang keraguan, telah distruktur sebagai deposit yang menunggu pengesahan jumlah bayaran akhir (dalam keadaan semasa ianya masih lagi aset milik 1MDB dan bukan perbelanjaan bagi 1MDB)

1MDB boleh mengesahkan bayaran yang dibuat tersebut mematuhi undang-undang, dan pilihan itu telah ditamatkan. Malah, 1MDB dan subsidiari yang berkaitan telah dilepas dan dikeluarkan dari kesemua perjanjian, pilihan, persetujuan, syarat dan keperluan bagi pihak kami di bawah pilihan tersebut dan sebarang hak dari mana-mana pihak lain terhadap pilihan itu ditamatkan.”
—–
Secara asasnya, apa yang dikatakan oleh 1MDB adalah bayaran tersebut akan menamatkan pilihan yang terdapat di dalam perjanjian itu dan ia sememangnya telah ditamatkan oleh oleh Aabar – maka apa yang dimaksudkan oleh 1MDB adalah jika wang itu tidak diterima maka mengapa mereka membatalkan pilihan di dalam perjanjian itu?

Malah, WSJ telah memalukan diri sendiri hari ini dengan mengesahkan terdapat satu nota kaki di dalam penyata 2014 IPIC yang menyatakan setakat hujung tahun 2014, 1MDB berhutang dengan IPIC sebanyak USD481.3 juta di dalam bentuk bayaran tunggakan untuk pilihan tersebut tetapi adalah tidak jelas bagaiamana IPIC boleh tampil dengan dengan angka tersebut – yang bermakna beberapa pembayaran sememangnya telah dibuat oleh 1MDB.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian adalah ‘syarikat yang tidak berkaitan’ yang didaftarkan di British Virgin Island telah disahkan oleh WSJ telah ditubuhkan di dalam syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands pada 14 Mac 2012 dan dibubarkan pada 23 Jun 2015, tahun ini. Adalah penting untuk disebutkan yang 1MDB dan IPIC secara rasmi memulakan hubungan perniagaan mereka dengan terbitan bersama bon USD3.5 bilion yang diterbitkan pada Mei 2012 – 2 bulan kemudian – yang menjadikan penubuhan syarikat yang tidak berkaitan ini mempunyai kaitan dengan hubungan antara Aabar dan 1MDB.

Tarikh pembubaran syarikat ini pada 23 Jun juga penting kerana ia selari dengan USD4.5 bilion pertukaran aset-hutang yang ditandatangani IPIC bersama dengan 1MDB pada 28 Mei, membayar 1MDB USD1 bilion pada 4 Jun dan mengumumkan pertukaran itu di Bursa Saham London pada 10 Jun.
http://www.londonstockexchange.com/exchange/news/market-news/market-news-detail/61HK/12383389.html

Semenjak tandatangan itu, IPIC telah mengambil alih pembayaran semula bon USD3.5 bilion dari 1MDB dan membayar faedah bon itu sejak dari itu.

Lebih penting, hanya beberapa bulan selepas WSJ mendakwa USD2.4 bilion wang IPIC hilang, IPIC tidak pernah membuat kenyataan mengenai dakwaan itu dan Bursa Saham London pun tidak pernah menyoal IPIC mengenai dakwaan itu – yang sangat ganjil melainkan USD2.4 bilion itu benar-benar hilang.

Dengan mengitar semula isu lama, ia seolah-olah satu usaha untuk memastikan isu 1MDB terus hangat.

http://www.wsj.com/articles/malaysias-1mdb-sent-850-million-to-entity-set-up-to-appear-owned-by-abu-dhabi-wealth-fund-1450333025

Jawapan 1MDB pada September: http://www.1mdb.com.my/press-release/1mdb-discredits-wrong-reporting-by-wsj

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1746282668923853