Dahulu Yang Membangkang Ini Semua Orang Yang Bijak-Bijak, Kini Semua Jadi Bahan Propaganda

RUMUSAN

Setelah meneliti apa yang terjadi di arena politik negara sejak kebelakangan ini, saya boleh rumuskan sememangnya terdapat suatu usaha yang memang dirancang dan disusun rapi untuk menjatuhkan DS Najib dari jawatannya sebagai Perdana Menteri – a deliberate and planned strategy to unseat the Prime Minister.

Pertamanya, mereka sudah dapat melihat bagaimana 1MDB membeli loji-loji penjana kuasa dari hak-milik syarikat-syarikat yang di miliki secara private (private ownership).

Keduanya, mereka juga melihat bagaimana DS Najib membuat keputusan yang melibatkan projek-projek ataupun menggubal dasar-dasar yang lebih terbuka, kurang cenderung untuk “memelihara” kedudukan beberapa vested-interests (golongan yang mempunyai kepentingan) yang telah sebegitu lama menikmati “privileges” iaitu layanan istimewa sebagai tetuan ekonomi negara.

Pada masa yang sama juga, Kerajaan di bawah pimpinan DS Najib memperkenalkan GST. Kerajaan sedia maklum bahawa pengenalan GST di mana-mana negara di dunia pun adalah tidak popular. Bahkan di beberapa buah negara, kerajaan di bawah sesebuah parti politik yang memperkenalkan GST akan kalah di pilihanraya berikutnya.

Segerombolan kelompok “vested interests” ini mahu mengambil kesempatan kejatuhan populariti DSN akibat GST sebagai foundation mereka untuk melancarkan kempen anti-Najib.

KIta mesti maklum bahawa kumpulan “vested interests’ ini amatlah berpengaruh dan network mereka bukan calang-calang. Mereka memegang jawatan-jawatan korporat maha tinggi lagipun memiliki kekayaan yang berbilion.

Balik kepada 1MDB pula, mereka tahu 1MDB bertujuan menyenaraikan syarikat Edra (iatu syarikat yang memegang hak-milik loji-loji janakuasa yang saya sebut tadi) di Bursa Malaysia.

Dengan penyenaraian Edra, adalah di jangka 1MDB akan memperolehi RM20 bilion. Jumlah ini dapat digunakan oleh 1MDB untuk melangsaikan hutang-hutang yang diambil untuk membeli loji-loji tersebut.

Jadi apa mereka buat? Mereka mengempar-gempurkan 1MDB agar penyenaraian syarikat itu tidak dapat diteruskan. Kalau dapat disenaraikan, 1MDB tidak akan melalui kemelut seperti yang sebaliknya terjadi.

Malang juga nasib DS Najib, dalam jangka masa waktu yang sama, terbongkar cerita RM2.6 bilion di mana jumlahnya di dalam matawang Amerika Syarikat, USD700 juta, adalah jumlah yang sama dengan jumlah yang dikatakan “lesap” dari buku 1MDB.

Kita juga sekarang tahu bahawa Sarawak Report (yang sehingga sekarang tidak diketahui siapa membiayainya), mengeluarkan cerita mengenai 1MDB dengan memutarbelitkan emel-emel yang disonglap oleh seorang bekas pekerja IT syarikat yang membuat perniagaan dengan 1MDB. Adakah ini semua satu “coincidence”?

Artikel-artikel Sarawak Report pula digemparkan oleh akhbar The Edge, yang tuan pemiliknya adalah Tong Kooi Ong, kawan karib DSAI sejak dari dahulu lagi. (DSAI pernah memberi Tong lesen perbankan, Phileo Allied Bank).

Pada hemat saya, ada kemungkinan golongan “vested interests” ini bekerjasama dengan TSMY untuk menjatuhkan DS Najib. TSMY mengambil kesempatan dalam masa DS Najib dikritik teruk dan dalam masa penyiasatan oleh agensi-agensi kerajaan.

Sekutu TSMY mula-mula mengeluarkan video rakaman ucapan TSMY di Janda Baik. Tujuan video ini adalah untuk melihat reaksi orang-ramai, lebih-lebih lagi reaksi ahli-ahli UMNO – TSMY was testing the waters.

Team TSMY berpendapat reaksi kepada video menunjukkan terdapat sokongan memihak kepada mereka. Lalu, TSMY membuat suatu ucapan yang garang di penutupan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada 26 Julai, 2015 – Bahagian UMNO yang pertama mengadakan mesyuarat mereka dari sejumlah 191 Bahagian seluruh negara, Setiap hujung minggu, bermula dari mesyuarat Bahagian Cheras itu, kesemua baki 190 Bahagian akan bersidang.

TSMY mengharapkan ucapannya akan memberi semangat kepada Bahagian-Bahagian lain, di mana mesyuarat-mesyuarat berikutnya akan menyatakan sokongan mereka kepada TSMY. Akhirnya, 157 bahagian memberi sokongan mereka kepada TSMY (Selepas PAU 2015, semua UMNO negeri memberi sokongan kepada DS Najib).

Ucapan inilah yang memberi DS Najib signal yang terang dan kuat – bahawa TSMY berniat untuk menumbangkan kedudukan DS Najib sebagai Presiden UMNO dan inilah sebabnya TSMY dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai, 2015, kurang 48 jam selepas ucapannya di Cheras. Alasan dan ulasan TSMY mengenai RM2.6 bilion dan 1MDB hanyalah asap untuk mengaburkan mata.

BERSAMBUNG.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206444299000278