Dana RM2.6 Billion: Bank Negara Malaysia Sudah Tahu Dari Mula, Kenapa Diam Tidak Bersuara?

Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) awal-awal lagi sudah dimaklumkan akan kewujudan akaun dimana derma sebanyak RM 2.6 billion dimasukkan pada 2013, agak memeranjatkan kita semua.

Sebab dari mula kes ini berjalan, BNM nampak macam Muhyiddin Yassin dalam isu 1MDB, keliru, macam bodoh dan tak tahu apa-apa. Apa rupanya sebelum wang itu masuk pun, BNM telah dimaklumkan mengenainya. Ada 4 surat dari penderma berkenaan untuk membuktikan perkara tersebut.

Tak hairan kenapa Perdana Menteri arah kebocoran maklumat mengenai dana itu disiasat, beliau tahu semuanya sudah ikut prosedur tapi kenapa boleh bocor, dimanakah puncanya? Sekarang agak-agak sudah tahulah puncanya dari mana.

Jadi untuk menangani persepsi ini, BNM perlu tampil bagi penjelasan kenapa dari mula mereka tidak buat kenyataan bahawa kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (atas permintaan penderma yang terbabit), adalah mengikut prosedur? 5 minit cakap pun tak sampai, tapi kenapa tak buat sehingga perkara ini berlanjutan berbulan-bulan?

Bukankah jadi tanggungjawab BNM untuk memastikan urus tadbir perbankan negara ini terkawal dan terlindung dari sebarang salah laku yang boleh menghilangan keyakinan umum terhadap urusan perbankan di negara kita?

Apakah BNM nak negara ni jadi macam sesetengah negara lain di dunia dimana institusi perbankan tidak dipercayai, rakyat nak beli kereta kena bawak selonggok wang tunai kerana tidak ada bank yang nak bagi pinjaman dan sebagainya?

Semua ini memerlukan penjelasan dari pihak yang terlibat, terutama Gabenornya. Jika ada salah laku yang berkaitan perlu diambil tindakan sebab nampak macam ada penglibatan orang dalam BNM sendiri sehingga perkara ini boleh terbocor ke pihak luar.

Dulu NFC dah sekali, takkan kali ni berlaku lagi?

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/12/dana-rm-2-6-billion-bnm-dah-tahu-dari-mula-kenapa-tak-cakap-apa-apa/