DAP Buat Laporan Terhadap Tun M, Dakwa Tun Punya Harta Simpan Di Luar Negara

Tuduhan yang sangat liar sehingga Chong Zhemin membuat laporan SPRM ke atas Tun M?

Apa pun, ada sesiapa kenal siapa Abdul Hamid di dalam gambar ini? https://goo.gl/alG95j


Kenyataan Media Chong Zhemin, Setiausaha Politik Pengerusi DAP Perak dan ketua biro pembangunan ekonomi DAP Perak, 8 Disember 2015:

Dengan tuduhan terbaru oleh Abdul Hamid yang Mahathir menyerang Najib kerana Najib telah menghalang Mahathir membawa pulang dana RM1.194 trilion ke Malaysia, adakah ini bermakna yang Mahathir secara tak rasminya adalah orang terkaya di dunia?

Bekas rakan Tun Mahathir, Abdul Hamid telah mendakwa punca serangan Mahathir ke atas Najib adalah kerana Mahathir gagal memindahkan dana berjumlah RM1.194 trilion kembali ke Malaysia.

Jika pendedahan ini adalah benar, ianya sangat mengejutkan kerana ia akan mencipta 3 rekod dunia.

Pertama, RM1.194 trilion (USD279 bilion) akan menjadikan Mahathir orang terkaya di dunia, dengan kekayaannya adalah 3.5 kali ganda dan lelaki terkaya dunia mengikut Forbes, iaitu pada USD79.2 bilion.

Kedua, dana RM1.194 trilion dimiliki oleh Mahathir akan menjadikan beliau sebagai satu-satunya bekas perdana menteri yang mengumpul kekayaan 4 kali ganda dari bajet tahunan nasional. Perbelanjaan keseluruhan Malaysia di dalam bajet 2016 adalah RM267 bilion.

Ketiga, Mahathir juga merupakan satu-satunya bekas perdana menteri yang mengumpul kekayaan yang mencukupi untuk membayar keseluruhan hutang luar negara Malaysia. Hutang luar negara Malaysia setakat ini adalah RM740.7 bilion.

Mahathir mesti menjelaskan bagaimana beliau boleh mengumpul kekayaan yang sebegini besar iaitu 3.5 kali ganda lebih dari kekayaan Bill Gates, 4.47 kali ganda dari bajet negara dan 1.6 kali ganda hutang luar negara. Beliau mesti mendedahkan punca pendapatan beliau ini dan juga jumlah cukai yang dibayar untuk mengumpul kekayaan yang sebegini besar.

DAP Perak hari ini telah membuat laporan polis di SPRM Ipoh terhadap Tun Mahathir berhubung dakwaan oleh Abdul Hamid. Saya ingin menggesa SPRM untuk menyiasat jika dana RM1.194 trilion ini telah dikumpul dengan cara yang tidak sah dan tindakan undang-undang mesti segera diambil jika terdapat sebarang kesalahan.

https://chongzhemin.wordpress.com/2015/12/08/with-the-latest-allegation-by-abdul-hamid-that-mahathir-attacked-najib-because-najib-stopped-mahathir-from-repatriating-rm1-194-trillion-of-funds-back-to-malaysia-is-mahathir-now-unofficially-the/