DAP Guna Gambar Pemimpin MILF Yang Disangka Mereka Sebagai Kiram

Bukan fitnah kalau bukan Pakatan.

Nga Kor Ming sekali lagi ditangkap menyebarkan fitnah – kali ini dengan sekali lagi memfitnah PM Najib.

Beliau telah pun disaman PM Najib sebelum ini dan kes itu telah pun dirujuk ke mahkamah.

Tetapi beliau sekali lagi melakukannya, kali ini menggunakan foto yang telah lama dinafikan kesahihannya iaitu foto didakwa mengandungi gambar Najib bersama Kiram III sedangkan individu tersebut bukanlah Kiram III – iaitu satu cubaan yang sia-sia untuk mempertahankan selfie Nurul Izzah Anwar bersama musuh Malaysia, Jacel Kiram.

Saya sudah pun menulis mengenai perkara ini sebelum ini yang gambar Najib tersebut diambil ketika proses rundingan damai dan individu tersebut bukan Kiram III tetapi pemimpin MILF, Murad Ibrahim.

Gambar Najib itu diambil pada Oktober 2012 ketika perjanjian rundingan damai ditandatangani di Manila sewaktu Najib menjadi orang tengah untuk Filipina.

(Perjanjian damai yang dibantah oleh Jacel Kiram, rakan makan malam Nurul Izzah dan Tian Chua melainkan Malaysia memulangkan Sabah kembali ke mereka. Tiada keamanan di Mindanao bermaksud lebih banyak serangan pengganas dan keganasan di sana – yang akan memberikan kesan langsung kepada Sabah).

Penerangan saya sebelum ini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1739062772979176

Posting fitnah Nga Kor Ming: https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10153853771279170/?type=3

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1742201499331970&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater